Teman ni sebenonya penyokong kuat DSAI. Dari mula dia masuk UMNO dan kemudian menang KP UMNO Malaysia mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin dengan 10 undi dan lepas itu memegang jawatan Timb Menteri di JPM teman ikut dia.
Kalau dia datang ke Perak, jaranglah tak ada muka teman didalam majlisnya. Gemo bebeno mendengo dia berucap. Memang teman akui ucapan dia power gila.
Bila dia dipecat daripada UMNO dan dari jawatan dia dalam kerajaan, timbul juga tandatanya didalam kepala hotak teman. Betoi ke perangai Nuar tak senonoh macam diceritakan. Teman pun mula menyiasat dan mencari kebenaran.
Nak mencari kebenaran mesti dengo dua belah pihak. Tak boleh dengo sebelah pihak terus jump into conclusion. Mana ada hakim dalam dunia ini dengo sebelah pihak terus jatuh hukum. Kalau ada pun kangaroo court (ala komunis).
Dalam islam mesti dengo dua belah pihak. Teman pun dengo juga ucapan Nuar. Dia kata dia keluar nanti tidak ada apa yang dibawanya kecuali sebuah kereta proton saga dan dia dah beritahu Azizah suruh dia siap2 untuk bekerja balik sebagai Doktor.
Kesian juga mendengo Nuar keluar seolah keluar sehelai sepinggang.Pendengar bukan main marah dan memaki hamun Dr. Mahathir. Timbullah gelaran MahaZalim, Mahafiruun dan macam-macam lagilah yang tak sedap telinga orang yang berfikir mendengarnya tetapi gemo beno le orang yang dah mula bencikan Dr.Mahathir.
Teman pun pergi pulak dengo dipihak lagi satu. Teman dengo penerangan daripada Dr.Mahathir. Setelah diterangnya dengan panjang lebo peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan Nuar disingkir Dr.Mahathir berkata
"TUAN TUAN BALIK KE TEMPAT MASING-MASING ADAKAN SEMBAHYANG HAJAT BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN."
Tersentak teman dibuatnya. Mana mungkin Dr.Mahathir suruh orang sembahyang hajat sekiranya dia ada terlintas dihatinya hendak menginayai Nuar. Jadi solat hajat telah diadakan di surau2, di masjid2 diseluruh negara. Malahan ada rombongan pergi ke Masjidil haram di Makatulmukarramah untuk menunaikan solat hajat. Doanya sama iaitu mohon Allah tunjukkan kebenaran.
Tak berapa lama kemudian Dr. Mahathir menunai ibadat umrah. Bila tiba musim haji, Dr.Mahathir pergi sekali lagi ke Mekah menunaikan ibadah haji. Di Mekah dia telah diberi kesempatan masuk ke dalam Kaabah dan di Madinah ke makam Nabi Muhammad S.A.W.
Sekembalinya Dr.M dari menunaikan haji, seorang rakan teman (ADUN di Perak) telah berkesempatan bertemu dengan Dr.M di Putrajaya di sebuah cafetaria. Dia lihat Dr.M berbaris mengambil barang makanan dan setelah membayarnya dia pergi ke meja makan. Katanya "Saya lihat muka Dr.M jernih, bersih".
Allah telah makbulkan doa solat hajat kaum muslimin dan muslimat.
Teman hairan kenapa Nuar yang merasakan dirinya terinaya tidak membawa seluruh keluarganya ke tanah suci. Bukankan dia orang yang terinaya? Bukankah doa orang yang terinaya akan dimakbulkan oleh Allah? Sebaliknya di round Malaysia menghasutkan rakyat supaya bangkit menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dr.M.
Maka teman ambil keputusan tinggalkan Nuar. Tindakan teman tepat. Kemudian Nuar ulang semula perangai dia yang lama dengan saudara Saiful Bukhari Azlan pekerjanya sendiri. Saiful berani bersumpah tetapi Nuar sampai hari ini tidak berani melakukannya. Orang takut kerana benar atau kerana salah?
Sama-sama kita renungkan. Assalamualaikum.- Abdul Hayee
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.