KUALA LUMPUR: Presiden MIC yang baru dilantik Datuk G. Palanivel pada Khamis menyenaraikan beberapa agenda kritikal yang perlu digerakkan tahun depan, antaranya ialah untuk mendapatkan sokongan sejuta pengundi dari kalangan kaum India sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, usaha ini dikenal pasti sebagai amat penting bagi memastikan parti kekal relevan dalam memperjuang isu-isu komuniti, di samping ia memiliki lebih banyak kelebihan dalam kerajaan.
Katanya, walaupun kaum India adalah suatu komuniti kecil dalam negara, namun kaum ini merancang unntuk menjadi komuniti yang mantap strukturnya, dan dengan meningkatkan jumlah pengundi berdaftar yang baru, ia akan membuktikan bahawa MIC relevan kepada komuniti India.
"Sekiranya MIC mempunyai kuasa yang lebih kukuh dalam kerajaan, ia akan dapat menggerakkan lebih banyak usaha bagi menambah baik kehidupan kaum India, seperti meraih sokongan untuk mendapatkan peruntukan perbelanjaan yang lebih," katanya kepada kerajaan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa KerjaPusat (CWC) MIC di Kelab Darul Ehsan, di sini, Khamis.
Antara agenda yang diketengahkan oleh Palanivel ialah untuk menggemblengkekuatan anggota parti di semua cawangan.
Palanivel berkata, CWC mendapati wujud beberapa keadaan di mana beberapa anggota berdaftar, sebaliknya mengundi di kawasan lain daripada tempat di mana namanya didaftarkan dalam parti.
Beliau berkata, menerusi rancangan penstrukturan semula, semua data pengundiakan dihimpun dan didaftar di peringkat tempatan, berdasarkan kepada pelbagaimaklumat seperti tempat lahir dan sebagainya.
"Kami juga akan mulakan program menambah anggota di mana setiap pemimpin akan berjumpa sendiri dengan anggota peringkat akar umbi, dan pada masa yang sama, mula menghimpun semua maklumat yang berkaitan dengan komuniti India.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.