Khamis, 30 Disember 2010

Khusrin bukan buat keputusan sendiri - MAIS

Segala tindakan dan arahan yang dikeluarkan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi (

gambar) berhubung beberapa isu selama ini dibuat hasil mesyuarat majlis dan bukannya diputuskan sendiri.

Timbalan Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, mesyuarat tersebut dianggotai oleh ahli-ahli MAIS yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atau jawatankuasa tetap yang dilantik oleh ahli-ahli mesyuarat majlis.

Beliau berkata, keputusan itu juga bertujuan memelihara kesucian agama Islam di Selangor dan bukannya memihak kepada mana-mana parti politik.

''Sebagai contoh isu berkaitan penarikan balik tauliah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor dan isu larangan berpolitik di masjid-masjid yang dibuat dan disahkan dalam mesyuarat MAIS yang bersidang pada 4 Mei lalu.

''Mesyuarat itu dibuat ekoran titah Sultan Sharafuddin berhubung larangan berpolitik di masjid-masjid seluruh Selangor.

''Bagi kedua-dua isu ini, Setiausaha MAIS bertanggungjawab memaklumkan kepada masyarakat umum melalui media mengenai keputusan yang telah diambil," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan segala tindakan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha MAIS dan juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mendapat kritikan dan ditohmah sebagai mempunyai kepentingan peribadi oleh beberapa pemimpin pembangkang dalam beberapa blog dan portal berita propembangkang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.