Ahad, 5 Disember 2010

Mana janji Kerajaan Berkebajikan hamPas

Negara menjadi heboh dengan  pengurangan subsidi kerajaan terhadap beberapa barang keperluan harian. Pengurangan subsidi tersebut menyebabkan rakyat terpaksa membayar lebih untuk beberapa barangan kawalan.

Bagaimanapun usaha kerajaan mengawal harga barangan tersebut tidak mendatangkan rasa terima kasih oleh rakyat teruatama sekali apabila pembangkang menggunakan isu ini untuk meraih sokongan supaya rakyat terus membenci kerajaan.

Apa kata jika kerajaan tidak mengawal harga barangan tersebut, apa akan berlaku kepada rakyat. Ambil contoh minyak petrolium , jika syarikat pengeluar minyak dibiarkan  mengapungkan harga mengikut pasaran semasa,  agak- agak berapa kah harga seliter minyak yang akan dibayar oleh pengguna?

Begitu juga dengan harga gula, Robert Kouk ialah raja gula dan mempunyai ladang tebu terbesar di Malaysia dan di beberapa negara luar. Andainya kerajaan tidak memberi subsidi kepada penggeluar gula tempatan agaknya berapakah harga sekilogram yang akan dijual oleh mereka. Satu perkara lagi ialah harga gula akan berbeza-beza mengikut bandar dan negeri.

Dalam menifesto Pas Kerajaan Berkebajikan telah meletakkan  janji untuk menurunkan beberapa harga barang kawalan jika berjaya memerintah. Hari ini kenapa Kedah tidak menurunkan harga barang dengan memberi subsidi kepada harga barangan. 

Persoalannya mampukah Pas memberi subsidi , sedangkan harga air di Kedah terpaksa dinaikkan dengan alasan kos pengurusan semakin tinggi.  Kos tinggi tidak menjadi soal tetapi yang penting ialah janji kepada rakyat untuk menurunkan harga barang. Buat lah apa pun janji harga barang turun.

Kerajaan BN tidak pernah menjanjikan untuk menurunkan harga barang dalam manifestonya. Pas berjanji maka sila laksanakan janji anda, jika tidak anda dikira munafik.