PULAU PINANG 13 Dis. – Nasib kira-kira 2,000 pekerja rendah awam (PRA) di jabatan-jabatan pelajaran negeri seluruh negara kini tidak menentu apabila kontrak perkhidmatan mereka yang akan tamat pada 31 Disember ini tidak disambung.
Lebih malang lagi, kebanyakan mereka termasuk orang kelainan upaya (OKU) telah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun serta mempunyai pelbagai tanggungan seperti menyara keluarga dan pinjaman bank.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, mereka yang terlibat berkhidmat di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Jelasnya, kesemua mereka telah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri mengenai penamatan kontrak perkhidmatan masing-masing kira-kira tiga bulan lalu.
"CUEPACS amat kesal dengan nasib golongan ini kerana mereka telah berkhidmat begitu lama.
"Masalah kewangan bukan alasan kukuh kerana Jabatan Pelajaran Negeri sepatutnya ada perancangan teliti untuk berdepan situasi seperti ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian seminar Transformasi Penjawat Awam Ke Arah Negara Maju anjuran bersama CUEPACS negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Tambahnya, beliau amat berharap mereka yang terbabit diserapkan kepada jawatan tetap sehingga mencapai umur bersara.
Ini kerana, menurut Omar, berdasarkan pengalaman sebelum ini, ramai di kalangan kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan hidup melarat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.