Khamis, 23 Disember 2010

Sibu Jaya perlukan Balai Bomba

Bandar baru Sibu Jaya semakin pesat membangun. Sibu Jaya yang terletak hanya beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Sibu bakal muncul sebagai bandar besar dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi.

Jalanraya 4 lorong memudahkan perjalanan antara bandar tersebut dengan tempat tempat lain. Balai polis baru dan pangsapuri polis juga sudah siap dan menjadi mercu tanda bandar tersebut. Cuma yang belum ada ialah balai bomba.

Dalam satu kejadian kebakaran baru-baru ini bomba Jalan Central Sibu terpaksa dikerahkan ke sana.

TM menyeru akan kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah balai bomba yang kedua di kawasan tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.