Ahad, 23 Januari 2011

AWAS: KEMPEN AIR MATA CIKGU MALA

Kita sedia maklum bahawa pengundi wanita lebih ramai daripada pengundi lelaki. Pas awal-awal sudah kalah . Ini terbukti dalam kempen hari pertama malam tadi. 

Pas awal-awal dah berkempen mengarut. BN dilabelkan sebagai barang naik. Pas tak sebut pun Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dah dinaikkan  tariff air. Selangor telah menaikkan kadar sewa kedai. Barang-barang makanan di Selangor adalah tertinggi di Malaysia.

Kes kematian Teoh Beng Hock, novel Interlok tak ada kena mengena dengan isu tempatan telah menjadi modal pembangkang. Cikgu Mala pula kata dia mampu memajukan Tenang. Pelik dari mana sumber kewangan untuk memajukan Tenang? Adakah wang datang dari Kelantan, Kedah, Pulau Pinang atau selangor. Mampukah Selangor membantu sedangkan kantong kerajaan negeri semakin kecut dan nipis.

Akhir kata Cikgu Mala yang menggunakan air mata untuk memujuk rayu pengundi supaya memilihnya sebagai wakil rakyat. Jika menang dia adalah wakil rakyat ke 3 dalam dewan dun Johor. Awas dengan air mata beracun oleh cikgu penderhaka anak bangsa ini.