Sabtu, 22 Januari 2011

CIKGU MALA BUKAN MANGSA PERTAMA PAS

Cikgu Mala sebenarnya telah  tertipu dengan Pas. Pas di Johor bukan lah seperti Pas di Kelantan, Perak atau Kedah yang ramai ahli politik yang bercita-cita tinggi.

Pas Johor boleh bilang dengan jari, macam  sekotak mancis sahaja, sebab itu dalam PRU 12 Pas meletakkan calon Hindu seorang peguam India memewakili Pas.  Pas Johor tidak ada perebutan kuasa dan ketandusan tokoh hebat.

Orang Johor mempunyai Jati Diri yang kuat. Semangat Dato Onn tidak pernah luntur. Umno pun lahirnya dari Istana Johor.

Hanya Cikgu Mala sahajalah dilihat sebagai tokoh Pas di Segamat Johor. Beliau dipupuk dan dipujuk supaya menyertai Pas.

Termakan pujukan, Cikgu Mala sanggup meletakkan jawatan bagi memenuhi impian pemimpin-pemimpin mereka. Cikgu Mala hanya berfikir sekali bukan dua , bukan tiga.

TM mengenali salah seorang mangsa seperti Cikgu Mala di Perak. Beliau juga seorang guru dan sekembalinya bertugas di kampung halamannya, beliau telah didampingi oleh pemimpin Pas tempatan. akhirnya beliau bergiat cergas dalam politik dan juga meletakkan jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Percubaannya pertamanya kalah teruk dan beliau terus diberi peluang untuk bertanding beberapa kali, sayangnya semuanya menemui kegagalan.  Akhirnya beliau menjadi guru di sekolah agama rakyat dengan gaji yang tidak seberapa. Akhirnya menjadi penceramah agama disurau dan masjid-masjid Pas.

Nasib lah si isteri masih bekerja dengan kerajaan jika tidak kais pagi makan pagi untuk menyara anak yang ramai.  Jika dahulu mempunyai jawatan tinggi dalam parti, kini satu apa jawatan pun tak ada. Lebih malang lagi apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon dalam PRU 12.

Tunggu dan lihatlah nasib Cikgu Mala 4 atau 5 tahun lagi. Pas akan melupakan beliau kerana cikgu Mala tidak punya apa-apa lagi.