Tetapi itu dahulu , setelah Anwar disepak terajang keluar dari Umno, Anwar turun minyak dan mengamuk dijalanan beberapa hari sehingga ditangkap polis. Oleh kerana Anwar bangun menentang Umno BN, Pas melihat ia satu peluang yang baik untuk terus berusaha menumbangkan kerajaan Umno BN.
Pas sanggup menelan ludah dan muntah sendiri demi politik. Anwar diangkat dan dijulang bagaikan Tuhan. Malah tuduhan liwat yang sentiasa bermain dimulut Mat Sabu juga lenyap. Dap pun sama, segala tuduhan yang dilemparkan sebelum ini terhapus dengan sendirinya.
Pas terus hanyut dengan cita-citanya untuk menjatuhkan BN walaupun terpaksa meminta bantuan setan, itu kata Nik Aziz.
gambar yang telah diubah suai supaya kelihatan ramai |