Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesa Unit Peyelarasan Perlaksanaan (ICU) membuat semakan semula senarai E-Kasih bagi Perak kerana ia tidak menunjukkan keadaan sebenar miskin tegar di negeri ini.
Katanya semakan semula itu perlu bagi memperbaiki beberapa kelemahan dalam senarai E-Kasih termasuk kewujudan kes-kes individu yang tidak wajar mendapat bantuan kerajaan.
Katanya kerajaan negeri mempunyai bukti bahawa beberapa penerima E-Kasih yang tidak wajar diberikan bantuan mendapat bantuan rumah daripada kerajaan.
Tambahnya lagi senarai E-Kasih yang ada ketika ini adalah disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
"Walaupun tidak begitu serius, tetapi ianya memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan negeri. Saya sudahpun menghubungi Sharizat mengenai hal ini. Kita mahukan semakan semula supaya senarai E-Kasih dapat menunjukkan keadaan sebenar miskin tegar yang ada di Perak.
Maka penting bagi pihak kementerian untuk mendapatkan data terkini kes-kes miskin tegar di Perak daripada Majlis Daerah, ketua kampung dan wakil rakyat kerana mereka ini lebih maklum tentang siapa yang layak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika kunci rumah kepada 37 keluarga miskin dari DUN Beruas dan Lumut yang mendapat bantuan rumah Felcra di Kampung Batu 9, Lekir, Pasir Panjang, hari ini.
Jelas Menteri Besar lagi kelemahan yang wujud dalam senarai E-Kasih ketika ini adalah disebabkan ada pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi bantuan kerajaan kepada golongan miskin sebelum ini.
Tanpa mahu mengulas lanjut, katanya, apa yang lebih penting tindakan sewajarnya sedang diambil kerajaan bagi memastikan bantuan yang disediakan disalurkan dan dinikmati oleh golongan yang paling layak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.