Selasa, 18 Januari 2011

Interlok membuka pesepsi baru kepada rakyat Malaysia bukan Melayu

By ‪Putera Mahameru


Payahnya orang memahami matlamat dan tujuan tersirat dalam sebuah karya seperti Interlok. Itu baru nilai sosial tercuba dalam pembentangan Interlok.

Bagaimana dengan nilai dan rahsia tersirat dalam hukum2 dan perintah2 dari dalam (ugama).

Tentulah menjadi lebih sukar dan memerlukan tabligh untuk lebih difahami.

Barulah penerimaan itu layak diharapkan lebih mudah diterima.

Demikian payahnya mendiri tegapkan kedaulatan sebuah negara pelbagai kaum dan ugamanya.

Luahan rasa Putera Mahameru memang tepat.

Kini wujudnya unsur unsur rasa tidak hormat kepada silang budaya menjadi masalah baru. Akhir akhir ini kita dipaparkan isu bukan Melayu minta azan dihentikan, azan diperlahankan, ada pemimpin politik dengan penuh senyuman menyatakan orang Melayu bukan penduduk asal negara ini. Padahal di tanah ini sudah wujud Kesultanan Melayu. Bersurat juga membuktikan bahawa Islam sudah lama wujud di negara ini. Mengikut kajian Melayu sudah wujud 40 ribu tahun lalu di Tanah Melayu.

Malaysia dahulunya milik British dan mereka membawa masuk ramai kaum lain ke negara ini. Ia tidak termasuk mereka yang datang sendiri dan melalui suku kaum atau klan.

Kaum bukan Melayu yang berhijrah ke sini telah berjaya menubuhkan empayar perniagaannya dan sudah tentu akan terus kekal beranak cucu dan tidak akan kembali ke bumi asal mereka.

Selepas British meninggalkan kita, mereka meninggalkan bom jangka kepada kita. Bom itu mula meletup tak lama selepas merdeka . Ia itu berlakunya peristiwa 13 Mei.

Berlakunya peristiwa itu adalah kerana mereka lupa janji janji mereka untuk menjadi rakyat Malaysia yang setia dan taat kepada Raja dan Negara.

Mereka lupa janji mereka untuk memahami budaya budaya Melayu

Mereka lupa untuk memahami dan menghormati adat adat dan budaya Melayu

Mereka lupa bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara.

Mereka lupa bahawa Raja Raja Melayu adalah Ketuanan Melayu.

Hari ini status Melayu juga dipertikaikan. Sebenarnya bukan Melayu pun sudah ramai yang menjadi Melayu. Menjadi melayu kerana perkahwinan campur, berpegang kepada agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu maka jadi lah mereka Melayu. Walaupun mereka pada asalnya berbangsa Belanda, Arab, Afrika Negro, Cina, India dan lain lain keturan dan bangsa.

Kaum kaum bukan Melayu sudah lama bermastautin di sini dan sepsatutnya sudah faham dan menghormati silang budaya ini.

Orang Melayu amat menghormati budaya lain. Setiap kali datangnya perayaan Tahun Baru Cina, tidak pernah ada suara yang menghalang pembakaran mercun, tidak pernah ada suara yang menyuruh gendang tarian naga dan singa diperlahankan , begitu juga dengan perayaan Taipusam, ponggol dan lain lain. Tidak pernah ada suara suara Melayu minta supaya perarakan kavadi dihentikan.

Begitulah sikap Melayu yang memahami dan menghormati adat dan budaya bangsa lain.

Kenapa generasi hari ini semakin nipis pemahaman mereka. Adakah kerana sistem persekolahan yang lemah? Adakah Jabatan Perpaduan gagal melaksanakan tugasnya atau ia berpunca daripada sistem politik yang cuba menjatuhkan kerajaan BN yang sering dilabelkan sebagai parti rasis.

Hari ini ahli parti komponen BN juga cuba buat buat lupa sejarah dan cuba memanaskan isu perkauman ini. TM sedih apabila seorang pemimpin parti komponan menyatakan dia sanggup bekerjasama dengan DAP demi survival politik kaumnya. Apakah mereka ditindas dibawah Umno. Apakah mereka miskin di bawah Umno. Apakah mereka dibunuh dan tindas seperti Afrika Selatan ? Fikirkanlah sebaik mungkin.

Bersambung/-


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.