Kenaikan kos paling teruk kat UK tahun lepas adalah yuran universiti, sampai ada rusuhan.
nampaknya untuk belajar di UK, pelajar memerlukan wang lebih banyak secara mendadak. Kemungkinan biasiswa utk belajar di UK semakin sukar.
Kalau tak silap, kerajaan mereka memberi alasan duit kerajaan sudah tak cukup untuk beri subsidi belajar. Rakyat yg merusuh pula kata duit tak cukup sebab banyak orang kaya dan syarikat yang lari dari bayar cukai.
Jika ini boleh terjadi di UK, tidak mustahil boleh berlaku juga di Malaysia - yuran Universiti naik mendadak dalam masa setahun. Jadi, bersiap sedialah. Rancanglah kewangan anda dari sekarang.
Kenaikan harga barang juga berlaku di UK yang mana negaranya maju. Banyak potongan yang di buat di sana sini di UK contohnya kebajikan. Dulu rakyat yang household income GBP 40,000 (annually rasanya) dapat child benefit la ni dah tak dak. Pointnya di sini kenaikan harga barang adalah masalah global. Singapura yang mana pemimpinnya 'bijak pandai' pun ada masalah ni. Saya dapati ada yang beranggapan yang menukar tampuk pemerintahan adalah penyelesain universal untuk mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup. Pada saya daripada menukar pemerintahan lebih baik menukar orang di dalam pemerintahan yang ada sekarang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.