Sabtu, 15 Januari 2011

Idham Lim Yang Celupar

YB Idham Lim
YB Idham Lim atau Cina Islam memang bijak berhujah, tetapi sayang kerana suaranya terlalu keras, kalau bab memcela orang lain memang dia hebat.

Mangsa terbaru serangannya ialah Umi Hafilda. Umi disifatkan sebagai Pelakon Veteran Umno'

"BN semakin terdesak dengan cuba mendatangkan pelakon veteran Ummi Hafilda untuk serang Datuk Seri Anwar.

"Saya yakin lakonan Ummi Hafilda tidak akan menjadi untuk sekian kalinya," kata beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Menurutnya, tindakan menampilkan kembali Ummi ke medan fitnah ini menunjukkan Umno BN tidak yakin dengan dakwaan liwat membabitkan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan.
'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa' bgitulah peribahasa Melayu yang boleh disamakan dengan Idham Lim. Kerana mulutnya yang celupar, megah, riak dan suka membangga diri, maka rakan-rakan guru yang sama mengajar dengan beliau membencinya. Semenjak menjadi YB dia menghina rakan-rakan lamanya di sekolah.

Beliau juga tidak lagi belaga angin dengan Mujaddid Yusof Rawa dan kedudukannya sebagai calon Pas pun bakal diganti oleh oleh orang lain. Idham bakal dibuang dengan meletakkan menjadi calon di kawasan kuat BN.

Itu cara halus kepimpinan Pas sedang aturkan terhadap dirinya. Hari ini Idham masih lagi tunjuk lagak dan menghina orang lain, sikit hari lagi dia akan tahu langit tak selalu cerah.