Posted by Empayar Pemuda On Wednesday, January 12, 2011
Apa nak jadi dunia sekarang, macam macam ada. Kes terbaru adik kepada Adun Sungai Bakap yang bergelar Ustaz didakwa mencabul seorang gadis yang berusia 14 tahun. Rawatan apa yang diberikan oleh ustaz tu sampai kena berkemban dan hanya berdua-duaan sahaja??
Nasihat kepada ibu bapa, kalau nak cari rawatan alternatif tu, jaga jag sikit pasal sekarang ni banyak sangat kes-kes yang kurang enak di dengar. Jangan terlampau percaya pada orang yang menjalanka rawatan walaupun seorang ustaz. Zaman sekarang macam macam ustaz ada...ustaz politik, ustaz bohmau, ustaz tu, ustaz ni...Ustaz pun ada nafsu....
Lebih baik berjaga-jaga sebelum terlambat.
GADIS DAKWA DICABUL USTAZ KETIKA RAWATAN
2011/01/12
NIBONG TEBAL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air. Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.
“Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam.- BERITA HARIAN