Sabtu, 22 Januari 2011

PBT perlu memanjangkan pembahagi jalan sehingga ke bulatan Pasar Borong

















Setelah siap jejantas projek landasan keretapi kembar Ipoh Padang Besar yang melalui Jalan Kamunting Lama , timbul pula masalah baru. Masalah kenderaan yang ingin melintasi jalan ke pasaraya Econsave dan deretan kedai yang baru.  Kebanyakan kenderaan mengambil jalan mudah dengan melintas jalan sebaik sahaja kon-kon tamat. Ia menyusahkan kenderaan yang menuruni jejantas kerana terpaksa mengelak ke kiri daripada terlanggar kenderaan yang berhenti digarisan kembar untuk membelok ke kanan.