Sabtu, 22 Januari 2011

TAMAN KAMUNTING JAYA DIWARTAKAN KAWASAN WABAK DENGGI

Awal tahun 2011 , Taman Kamunting Jaya telah di isytiharkan sebagai kawasan wabak denggi kerana jabatan telah mengenal pasti 2 kes. Penduduk telah diingatkan supaya mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aades untuk memutuskan jaringan jangkitan selama 14 minggu.

Esok Ahad satu gotong royong untuk mencari dan memusnahkan sarang pembiakan akan diadakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.

Diharapkan semua penduduk dapat keluar beramai-ramai untuk mencari dan memusnahkan sarang pembiakan nyamuk tersebut.