Rabu, 12 Januari 2011

Perhimpunan Pertahankan Anwar dan DAP

Perhimpunan Haprak. Lakonan Raja Drama Porah



hursday, January 13, 2011



SULTAN SELANGOR DIPERMAINKAN PAKATAN RAKYAT ??!!
sumber : blog anak cucu jawa

Salam 1 Malaysia...


SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.
Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, Hancur Umno dan Reformasi' sepanjang perarakan.
Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.
Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.
Perarakan itu disambut Menteri Besar sendiri yang turun menerima memorandum tersebut.
Memorandum kemudiannya diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.
Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.
"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.
Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.
Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.



Beginilah sandiwara Penyokong PAKATAN RAKYAT. Setelah diludah, kemudian jilat balik. Yelah kan, apabila Khalid tidak suka SUK baru, bermakna, Khalid engkar perkenan Sultan, dan penyokong PR akan sokong Khalid dan engkar juga perkenan sultan. Kemudian, mahu menyokong Sultan semula. Tidakkah itu ibarat meludah kemudia jilat balik ???


Tapi tak mengapalah, jilatlah balik sebab menjilat balik itu lebih baik lagi. Hehehe...


Itulah ludahan yang telah diludahkan, kemudian dijilat semula. Perarakan ini menjadi bukti bahawa rakyat Selangor yang lain telah memberi kata sepakat untuk menumbangkan kerajaan PR ini pada PRU akan datang. Ini kerana, tindakan PR di Selangor lebih berantakan daripada kerajaan sebelumnya.


Macam-macam kes berlaku di Selangor dalam masa PR memerintah yang tak sampai setahun jagung ini. kalau dibiarkan, entah apa lagi nak di gadai kan.


Oleh itu, penyokong PR ini terpaksa adakan perarakan khas untuk menunjukkan sumpah setia kepada Sultan dan MB. Deyyyy, kalau nak sokong Sultan, baguslah, tetapi, bagaimana pula kes MB yang dimurkai Sultan ??? Eee....nampak sangat penyokong PR yang hanya seramai 1000 ini talam dua muka. Semua ini kaki ampu belaka. Seramai 1000 daripada jumlah keseluruhan penduduk Selangor itu, kira sangat minoriti la penyokongnya. Yang lain sudah muak dengan PR ni. So....Apalah sangat....


Jadinya, perarakan ini boleh dikategorikan sebagai perarakan yang mengelirukan atas sebab :
menyokong Sultan dan MB tapi pada masa yang sama, MB bertingkah atas perkenan Sultan .... Jadi, yang mana nak disokong, yang mana nak di ampu ??? hehehehe... Satu tindakan yang menjerat diri sendiri. Sahih !!!! PRU akan datang bukan lagi milik PR !!!


Rakyat Selangor yang dikatakan menyokong hanya 1000 orang, namun selebihnya yang beratus ribu orang di selangor ini, akan sepakat menumbangkan PR demi menjaga AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. JUGA DEMI MENDAULATKAN INSTITUSI DIRAJA !!!