Rabu, 12 Januari 2011

Sembahyang Hajat kerana Pakatan Apco

Comment:
Sembahyang hajat bagus, minta doa yang baik-baik untuk kesejahteraan... bagus aku sokong. Tapi keliling penuh bendera parti. Dah macam pilihan raya lah pulak. Kalau minta hajat dan doa... mintaklah dengan Allah supaya orang yang tidak bersalah tidak terainaya. Haji Saiful Bahari pon dah banyak juga sembahyang hajat. Tapi dia buat senyap-senyap. Kalau buat sendiri lagi afdal. Aku dok terpikir lagi... Abang Nuar dengan segala bala tenteranya yang tak kurang hebat, daya kepimpinan pon hebat... tapi ramai juga rakan2 karib dulu yg sanggup berkorban keluar masuk lokap/penjara/pusat tahanan dah mula menjauhi beliau. Aku perhati lagi...kebanyakan orang yg menjauhi ini mempunyai prinsip jati diri yang teguh dan tak kurang hebat. Rata2 pengikut setia dan tegar suatu ketika dulu. Aku dok terfikir lagi... bukan mudah pendakwa raya nak bawak sesuatu kes ke mahkamah kalau tiada bukti. Kalau tiada bukti awal2 lagi dah reject. Aku terfikir lagi.... saiful dulu bukan sumpah biasa2 macam budak2, sumpah laknat tau... jangan main2.. ada berani ka? Bagi 10 juta pun aku tak nak. Pertama maruah, kedua kalau Allah laknat betul2 satu sen pun tak guna. Abang nuar bila nak bersumpah pulak.. kan ramai ulama dah nasihatkan supaya sama2 bersumpah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.