Ahad, 20 Februari 2011

Mengapa Bob Lokman sertai Pas

Bob Lokman seorang penulis lirik lagu-lagu rock yang popular pada tahun 80an, dan kemudian bertukar menjadi pelakon dan pelawak secara tidak langsung dan telah menyegarkan dunia hiburan negara.

TM melihat Bob sebagai manusia hipokrit sejak mula dia menceburi bidang hiburan. Wajahnya sudah cukup menggambarkan siapa beliau yang sebenarnya.

Dahulu hanyut dengan duniawi dan apabila jatuh sakit baru ingat tuhan. Persoalannya kenapa dia menyertai Pas. jawapannya ialah kerana gerakan yang dibuat oleh Pas telah berjaya. Pas telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik lebih ramai artis tanah air supaya menyokong perjuangan mereka.

Mereka sanggup menebal muka , mengetuk pintu rumah-rumah artis tengah-tengah hari atau tengah-tengah malam  dan memujuk mereka menyertai jemaah mereka.

Mungkin Bob akan menjadi aset yang penting dalam ceramah mereka. Ini kerana orang Pas sudah jemu dengan telatah Raja Lawak mereka iaitu Mat Sabu. Bob Lokman dilihat boleh menggantikan Mat Sabu. Sebelum ini Pas berbangga kerana memiliki Akil Hiyy tetapi skandelnya dengan penyanyi Wasana Wasini sampai sehingga runtuh dan porak peranda rumah tangganya, menyebabkan Akil Hiyy menjadi biawak atau lesung batu kepada Pas.

Ustaz Nazri adalah penggerak utama dalam usaha Pas menarik Bok Lokman. Lagi pun Bob nampak bahawa nasibnya untuk terus berada dalam industri hiburan semakin malap. Selepas baik sakit, tahap kesihatan dan keupayaan berkarya semakin berkurangan, tambahan kini beliau terpaksa bertongkat untuk berjalan.

Oleh itu Bob nampak dosa-dosanya yang lalu , maka berharaplah apabila menyertai Pas, dapat lah beliau menumpang syafaat tok guru Pas dengan menaiki roket Dap untuk ke syurga seperti yang dijanjikan oleh tok guru wahabi dan syiah yang ramai dalam Pas.
Ayatollah Khomeini?

Sorang dah arwah, Afdlin Shauki bila lagi?

mencari syurga Al Jub

Waktu muda sebelum tua dan sakit

Lepas sakit

Masa tenat

"Aku dah bertaubat" Man Laksa

Izinkan ku masuk syurgamu

Tongkat Ali?