Ahad, 20 Februari 2011

Rafizi Ramli ?

Rafizi Ramli

Debat AMK tempoh hari nampak susut daripada bicara awam. Bahkan, Pemilihan Ketua AMK juga seakan hilang, ditelan kuatnya intrik yang berlegar sekitar kempen jawatan Timbalan Presiden parti khususnya antara saudara (YB) Azmin Ali dan saudara (Datuk) Zaid Ibrahim serta jawatan Naib Presiden parti dengan Puan (YB) Nurul Izzah Anwar mengumumkan kesedian beliau untuk menggalas amanah tersebut. Bagaimanapun, di celah keriuhan itu, calon Ketua AMK, Rafizi Ramli telah menyusun agenda kempen beliau.

Jujurnya, saya tidak menyangka Rafizi akan menawarkan diri bertanding kerusi Ketua AMK. Sebenarnya, saya pernah ditanyakan siapakah anak muda Keadilan yang menonjol. Sudah tentu soalan ini dipertanyakan oleh kumpulan yang melihat ‘sudah sampainya masa untuk saudara Shamsul Iskandar memberi ruang kepada yang lain’. Kebetulan, selain saudara Hasmi Hashim yang menawarkan diri tiga tahun lalu, juga Chegu Bard yang telah dikenali, saya juga menyebut nama saudara Rafizi pada waktu itu. Sebetulnya, memang ada ramai lagi anak muda seperti saudara (YB) Yusmadi Yusoff. Namun, mengenali beliau, menyertai pemilihan parti seperti ini bukanlah minat utama beliau.

Ya, nampaknya keempat-empat mereka kini telah berada di tengah gelanggang. “Siapakah Rafizi?”. Sebagaimana dijangka, anak muda kelahiran Terengganu ini memang agak kurang dikenali khususnya oleh anak muda pasca pembebasan saudara (Dato’ Seri YB) Anwar Ibrahim.

Saya juga tidak pernah berjumpa beliau meskipun telah lama mendengar namanya. Jika pernah terjumpa sekalipun, saya tidak cam bahawa itulah beliau. Namun, saya sempat berkenalan dengan mentornya, saudara Adlan Benan Omar atau sering dikenali sebagai Ben. Namun, hayat Ben tidak panjang. Beliau telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Namun, izinkan saya berkisah sedikit tentang beliau setakat yang saya kenali.

Ben dianggap sebagai genius muda Melayu Malaysia yang sangat dihormati generasi sebayanya yang belajar di United Kingdom, sama ada di kalangan pendokong BN atau PR (atau lebih tepat Reformasi), serta golongan non-partisan, rentas agama dan kaum. Beliau adalah lulusan Cambridge (jika tidak silap saya dalam bidang Ekonomi dan Sejarah) dan pernah memimpin persatuan pelajar di sana. Dalam pertukaran e-mel kami lebih 5 tahun lalu, beliau pernah mengisahkan kepada saya tentang pengalaman berpolitik di sana. Dalam keriuhan politik kepartian di kalangan mahasiswa di sana, beliau telah muncul memenangi pemilihan tersebut.

Sering berdebat di Hyde Park, beliau juga pernah terpilih sebagai salah seorang pendebat, mewakili England. Beliau juga adalah penerima Anugerah Belia Negara pada tahun 1998 (seingat saya, penerima anugerah ini pada tahun 1999 ialah isteri kepada saudara (YB) Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau).

Ben dianggap anak muda yang ‘tidak dapat dimakan’ oleh saudara (YB) Khairy Jamaluddin dalam mana-mana pentas forum sama ada di luar negara atau di dalam negara. Beliau dianggap Ensiklopedia bergerak dan seorang rakan saya yang pernah aktif dengan kegiatan belia sezaman dengannya pernah mengisahkan bahawa beliau ada membentangkan satu kertas kerja yang menerangkan bahawa tidak ada satu pun daripada Raja-Raja Melayu pada waktu itu adalah daripada keturunan asal Raja-Raja Melayu. Kenyataan ini tentulah berbunyi memeranjatkan. Sehingga kini, adakalanya saya cuba juga untuk mendapatkan salinan kertas kerja ini, jika masih ada. Kenangan yang ada di internet ini, selain daripada perbincangan di laman Sejarah Melayu bersama saudara Sabri Zain dan lain-lain, ialah tulisan fiksyen beliau tentang pertemuannya dengan Hang Tuah (google The Day Hang Tuah Came Into My Life The Day Hang Tuah Walked Through My Door).

Ben-lah orang yang ‘merekrut’ Rafizi dan saudara (YB) Nik Nazmi bersama Keadilan. Mereka ialah junior beliau di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Rafizi adalah mantan Ketua Pelajar di dalam batch-nya yang juga mempunyai sebaris nama anak muda yang agak terkenal dalam bidang lain misalnya Loque, Kadak dan Kalai (serta Emmett) dari kumpulan Butterfingers. Saudara (YB) Nik Nazmi pula dihubungi usai menjayakan sebuah teater (sebagai penulis skrip dan Pengarah jika tidak silap saya) berkenaan Revolusi Bolshevik di Maktab Melayu yang tersohor itu.

Ramai tahu bahawa Rafizi adalah orang paling rapat dengan Ben. Ia bukan baru, mungkin kerana kekuatan jaringan kumpulan pendebat dari Maktab Melayu itu. Menerusi Ben-lah, saya mengenali nama Rafizi. Waktu itu beliau di United Kingdom dan mengasaskan Keadilan Antarabangsa Eropah (KAE). Jika tidak silap saya, beliau juga adalah mantan Presiden, Majlis Eksekutif UK-Eire (UKEC), sebuah badan mahasiwa rentas parti yang diasaskan bersama oleh Ben dan rakan-rakan lain.

Nik Nazmi T shirt hitam
Seingat saya, ketika zaman belajar di universiti tempatan, kali terakhir mendengar kisah Rafizi ialah ketika Puan (YB) Nurul Izzah ‘cuba diserang’ dalam satu forum di UK di mana Rafizi yang hadir cuba menyelesaikan kekecohan tersebut. Saya hanya ingat (YB) Nik Nazmi ketika itu adalah pimpinan pelajar di luar negara (kami sebaya). Berita kekecohan ini sampai kepada saya melalui seorang kakitangan Biro Tata Negara (BTN) dengan segala keangkuhannya untuk memastikan (YB) Nik Nazmi akan diambil tindakan di samping memburuk-burukkan Rafizi.

Saya tidak pernah cuba menghubungi beliau meskipun mahu juga mengenali anak muda ini. Bagi sesetengah orang, Ben mungkinlah seorang ‘budak pandai’ yang biasa tetapi saya menganggapnya berbeza kerana pengalaman mendengar, berbual dan bertukar fikiran dengan beliau menyuntik kesegaran berbeza untuk saya. Saya tidak tahu sama ada itu mungkin sebahagian penilaian pada tingkat cetek. Namun, oleh kerana saya mengenali Rafizi melalui beliau, tidak salah untuk saya berkenalan. Kami hanya berhubung selepas jenazah Ben disemadikan. Tentulah persoalan yang saya tanyakan ialah tentang kesediaan beliau memimpin parti secara langsung. Kini, beliau sudah pun menawarkan diri, sementara saya masih berada di luar parti… ?

Maklumat di atas adalah daripada : Ureka Asia.

Berikut adalah hasil carian google mengenai diri beliau;

Rafizi Ramli adalah anak kelahiran Kemaman Terengganu, lahir pada 14 Sep 1977, anak yang lahir di kebun getah.

Pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1994 dan memasuki Universiti Petronas pada tahun 1998 hingga 2003. Lulusan University Leeds 1999, Morisson Academy Scotland 1996.

Mula bekerja di Jeffreys Henry Chartered Accountants London 1999 hingga Dec 2002.  Balik ke Malaysia dan mamasuki Petronas sebagai General Manager dari Feb 2003 hingga July 2009 sebelum berpindah ke Pharmaniaga seabagai General Manager dari Ogos 2003 hingga  Dec 2009 dan kini menjadi Ketua Eksekutif Selangor Economic Advisor dari Dec 2009 hingga sekarang.

Ia juga merupakan individu yang dicari oleh Anwar dan usahanya untuk manjadi Ketua AMK telah berjaya dikalahkan oleh Shamsul Iskandar Mat Akin. Bagaimana Anwar tetap sayang kepadanya dan beliau dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR dan Bendahari PKR Terengganu

Taraf perkahwinan tidak diketahui tetapi mempunyai hubungan dengan Kriti Patt yang lahir pada 1 April 1983. Peminat Hip hop keras Butterfingers.

Anwar hari ini bergantung hayat kepada beliau, dan Rafizi diberi kepercayaan untuk menonjolkan diri di kaca televisyen, debat, ceramah atau program-program yang membolehkan masyarakat terutama Pakatan Rakyat yang masih belum mengenal siapa beliau.

Walaupun mempunyai latarbelakang yang hebat dalam pendidikan dan kerjaya tetapi hujah dari sudut dan pandangan politik beliau masih rendah. hujahnya dengan mudah dipatahkan oleh lawan. Ini terbukti dalam satu sesi dialog di televisyen  bersama MP Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan beberapa minggu lalu.



Pendedahan Rafizi membuktikan bahawa terdapat ramai puak-puak pengkhianat negara yang berselindung dalam GLC dan lain-lain jabatan kerajaan. Mungkin juga Maktab Melayu Kuala Kangsar juga adalah kilang yang menghasilkan golongan militan diperingkat pendidikan menengah sebelum menjadi lebih parah di IPT