Pagi ini perbicaraan kes liwat Saiful vs Anwar disambung lagi.
Apakah agenda, apakah akai Anwar untuk menangguh kes pagi ini.
Penangguhan kes yang sudah sampai pada tahun ketiga telah memakan wang pembayar cukai yang cukup besar.
Harus diingat bahawa banyak lagi kes-kes lain yang terpaksa ditunda kerana halah dan akai Anwar.
Dalam ceramah politik beliau gemar menggunakan ayat , bahawa kerajaan banyak membazirkan wang rakyat. Anwar berjaya memesongkan pemikiran rakyat bahawa kerajaan banyak membazir wang rakyat.
Anwarlah punca sebenar yang banyak menghabiskan dan membazirkan wang rakyat.
Salah satunya ialah usaha beliau memburukkan negara di luar. Wisma Putra dan Jabatan Perdana Menteri terpaksa bekerja keras untuk menjawab segala tohmahan Anwar melalui agenda diplomatik.
Pelaburan yang masuk ke dalam negara terjejas ekoran krisis politik seperti rusuhan dan protes jalanan yang diilhamkan oleh Anwar.
Jika dahulu setiap kali pilihanraya, kerajaan membelanjakan sejumlah wang cukup kecil untuk polis(PDRM) tetapi hari ini untuk satu PRK pun kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk mereka.
Kenapa begitu? Ini kerana Anwar dan sekutunya sentiasa berusaha mencetuskan kacau bilau dan rusuhan walaupun hari hari biasa. Buktinya seperti demo air, demo PPSMI, isu perlembagaab 152 dan 153 dan sebagainya.
Apa yang disebut di atas hanyalah sedikit daripada kerosakn yang telah dibuat oleh Anwar. Karpal Singh sendiri mengakui bahawa Anwar sudah banyak mencetuskan masalah kepada rakyat dan negara.
Oleh itu fikirlah dengan tenang, apa perlu Anwar melengah-lengah kes liwatnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.