"Tak tumbuh , tak melata, tak sungguh orang tak kata" begitulah peribahasa Melayu yang dapat digambarkan terhadap poster Pas di Merlimau.
Ternyata orang Melaka tidak dapat menerima Lim Guan Eng yang banyak menipu orang Melaka. Sampai muka ayahnya pun orang Melaka tak suka.
Tidak hairanlah YAB Lim Guan Eng lari dan bertanding di Pulau Pinang dan sanggup meninggalkan isterinya di Melaka. Lim dan keluarganya pernah menubuhkan Tabung Bukit China dan Tabung Nelayan dan mengutip wang dari nelayan dan penduduk cina kononnya untuk menyelamatkan Bukit China, tetapi sampai sekarang duit yang dikutip oleh Lim anak beranak tidak dinyatakan kemana kah perginya.
Kepada YB Dato Seri Anwar Ibrahim pula yang dituduh meliwat Saiful semakin terdedah pembohongannya. Hari ini Anwar takut untuk berdepan dengan pengundi Kerdau dan Merlimau, Anwar membawa diri ke Perak untuk berbohong di Malim Nawar dan Ipoh.
Sah bahawa dua penipu besar ini semakin ditolak oleh Pas Melaka.