Aduhai.....apa lah hang ni Saifudin . Aku pun tahu kisah sebenar yang berlaku dalam dewan tersebut pada malam mesyuarat khas mengenai isu pemecatan Anwar dari Umno.
Sehebat-hebat Dr Mahathir, dia tidak bersikap seperti anak jantan dan takut untuk menjawab soalan-soalan dari peguam,” kata Saifuddin dengan nada sinis.TM setuju dengan cadangan Tok Him supaya Anwar dan Saifudin bawa Tun Mahathir ke Mahkamah kalau berani, jangan dok gebang diluar dewan sahaja. Bab Tony Pua pula dah bawa isu pertahanan negara dalam dewan?
Yang hang dok kaitkan tentang Tan Sri Hanif Omar tu pasai apa? Nak kelentong kaa?
TM pun pernah dengar pita rakaman mesyuarat malam tersebut. Anwar diberikan peluang bercakap pada malam tersebut. Rakaman tersebut ada dalam dua tape. Sayangnya oleh kerana laris dipinjam oleh rakan-rakan, sampai sekarang tape tu tak balik-balik lagi. Kalau dapat balik sudah tentu akan disiarkan dalam blog.
Malam tu semua MT diberi peluang untuk memberikan pandangan dalam kes salah laku Anwar, dan masih ingat lagi salah seorang MT menyatakan dia pun dah dengar banyak cerita tentang Anwar, tetapi tak berani nak heboh-heboh tetapi setelah segala tembelang didedahkan dan hujah bela diri oleh Anwar. hampir semua MT bersetuju dengan cadangan supaya Anwar dipecat daripada Umno.
Pada malam itu juga Anwar bercakap sudah lain macam, jika sebelum sebelum itu cakapnya berlapik, berhemah dan control gentleman, tetapi pada malam itu sudah nampak seten bertanduk telah keluar dari mulut Anwar. Suaranya keras, maki hamun, bahasa nya kasar, itu yang dapat didengar dalam pita rakaman tersebut.
Jika tak silap TM salah seorang yang bersifat berkecuali dan memberi pandangan peribadi yang seakan-akan menyebelahi Anwar ialah Dr Afifudin Omar . Sudah lah Saifuddin Ibrahim dah pun cerita keadaanya yang sebenar pada malam tu cukup lah.