Trojan Horse di dalam Umno Ampang
oleh : suara ampang point
AMPANG-  Baru-baru ini Dato Seri Anwar Ibrahim, Pemimpin Pembangkang dengan  terang-terangnya mengakui wujudnya "trojan horse" di dalam PKR. Namun  begitu beliau enggan mendedahkan identiti siapa yang disebutkan begitu. 
Dato Seri Anwar Ibrahim, De  Facto Leader PKR telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin muda yang  berani memperjuangkan prinsip-prinsip yang dipegang dan sanggup  melakukan apa sahaja untuk bos mereka seperti Ezam Mohd Nor, Hamdan  Taha, Lokman Nor Adam, Tian Chua diantara mereka yang pernah dimasukkan  di dalam ISA kerana mengikut dan menjalankan agenda rethorik Dato'Seri  Anwar Ibrahim.
Apabila  Ezam Mohd Nor dan rakan-rakan beliau yang lain keluar dari PKR dengan  alasan tidak bersetuju dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Dato  Seri Anwar Ibrahim, dan masuk semula menyertai Umno, maka ramailah yang  tidak berpuashati dan timbul bermacam teori mengenai kemasukkan semula  Ezam ke dalam Umno.
Teori Ezam Mohd Nor adalah  Trojan Horse merupakan satu teori yang sukar untuk kita pastikan  kesahihannya dan juga kita tidak boleh sama sekali mengenepikan apa  agenda sebenar Ezam Mohd Nor. Begitu juga dengan Azwandin Hamzah,   pemimpin AMK Wilayah yang turut serta keluar dari PKR dan menyertai  Umno semula.
Beliau telah diberikan sebuah  cawangan di Bukit Antarabangsa oleh Umno Bahagian Ampang untuk  bersama-sama dengan cawangan yang lain mengerakkan semula Umno di situ  selepas ramai di antara ahli-ahli Umno di situ yang menyertai PKN  sewaktu krisis Umno 1998.
Dari kesimpulan melalui pelbagai  pandangan dan maklum balas yang diterima oleh kami, rata-ratanya tidak  bersetuju dengan Azwan menjadi ketua cawangan kerana beliau adalah bekas  ahli PKR yang mempunyai jawatan penting di dalam parti dan pernah  mengecam hebat kerajaan melalui demostrasi jalanan dan  pendedahan-pendedahan lain.
Azwandin, diberitakan  menjalankan pelbagai rancangan jahat untuk menghuru-hara politik Umno  Ampang dengan tujuan melemahkan jentera Umno Ampang dan dikatakan  menjadi telinga dan mata kepada PKR. Penetrasi sebegini sudah  pasti dapat membantu "bekas" sahabat beliau di dalam PKR "dahulu" ,YB  Azmin Ali.
Sebagai Pengerusi  Jaringan Melayu Malaysia dia di lihat lebih banyak mencari "glamour"  dan publisiti melalui pertubuhan bukan kerajaan tersebut untuk menjaja  nama beliau di Ampang. Pertubuhan itu  yang tidak mempunyai  agenda yang  jelas dan hala tujunya pernah juga mengkritik kerajaan dan menteri  kabinet. 
Beberapa sumber yang dipercayai mengesahkan beliau ditaja oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan dibayar gaji oleh Datuk Muhkriz Mahatir melalui sebuah syarikat berasaskan gas dan petroleum yang berpengkalan di Singapura.
Beberapa sumber yang dipercayai mengesahkan beliau ditaja oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan dibayar gaji oleh Datuk Muhkriz Mahatir melalui sebuah syarikat berasaskan gas dan petroleum yang berpengkalan di Singapura.
Seperti di dalam karya Virgil's -  The Aeneid, Azwandin bermungkinan sengaja dikeluarkan dari PKR dan di  masukkan di Umno Ampang untuk menjalankan agenda Azmin Ali dan mungkin  juga sebahagian daripada strategi politik PKR memperkukuhkan lagi  "teritory" mereka di Ampang.
Ada juga kebenarannya Trojan  Horse ini wujud kerana pelbagai cerita yang diterima mengambarkan bahawa  betapa Umno Ampang menjadi kucar kacir semenjak Azwandin diberikan  cawangan di dalam parlimen Ampang.

