Walkabout Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di pekan Melrlimau telah dijadikan modal oleh Pas dengan menuduh Umno merasuah pengundi.
Ada otak fikir lah sendiri, Muhyiddin tu seorang Menteri, kalau dia ajak kita pergi makan dikedai sudah tentu, Muhyiddin akan belanja kita, bukan saja kita malah satu kedai pun dia akan belanja. Inilah cara pemimpin menjaga hati rakyat.
TPM bayar makan minumnya di kedai tersebut supaya halal dan beliau tak ambil kesempatan , bukan macam Nik Aziz naik haji pun nak free, masuk kedai pun nak makan free. semua nak orang sponsor. Itu lah perangai pemimpin Pas yang nak rasuah tetapi kata ikut sunnah nabi. Weii Nabi pun tak buat perangai macam Pas.
Jangan jadi macam pemimpin Pas, masuk kedai atau restoran ,hanya bayar untuk serban hijau saja, orang lain pandang sebelah mata pun tidak. Punya sombongnya.
Usah kata nak bayar makan kita , nak pelawa pun tidak. Ini pernah berlaku pada sahabat saya bila mana Nizar masuk nak makan disebuah restoran di Kuala Lumpur.
Tadi Muhyiddin telah masuk disebuah Kedai Kopi Joo Mee di pekan Cincin. Semasa TPM membayar harga minuman, adalah seorang jurufoto spy leman Pas telah merakam gambar tersebut dan buat cerita kononnya TPM cuba merasuah pengundi dan merasuah adalah amalan BN kononnya.
Hoi, TM nak habaq pi, semasa PRK Bukit Gantang, Nizar buat jamuan makan di Restorang Cina di Matang, beribu orang Cina dan Melayu Pas hadir makan apa saja yang dihidangkan. Tak ada pula BN menuduh Pas merasuah pengundi.
Ini tak termasuk duit undi RM 20 sekepala, kalau satu keluarga ada 5 orang, Nizar bagi RM 100 selama 6 bulan. Tu belum kira Pas bagi susu, gula, tepung dan beras.
Seorang sahabat dari parti Pas dengan bangga menceritakan hari-hari mereka makan di kedai, sebab tauke mereka akan belanja sehari dalam 20 hingga 40 ribu untuk makan setiap hari, tanpa kira masa dan tanpa had.