Warroom atau cyber war Umno Perak sudah beberapa kali mengadakan sesi ceramah dengan 'hanya' membawa bekas-bekas PKR ke Perak, Namun kesemua program tersebut gagal menarik orang ramai untuk hadir mendengar penerangan tersebut.
Sebelum ini pun TM pernah mendapat laporan daripada Hamdan Taha bahawa program yang dikendalikan oleh Hanafiah Man banyak yang gagal.
TM sukar mempercayai sebab tak pergi lihat dengan mata kepala sendiri. Tak silap Tm semasa program dibuat sebelah Bota. TM hanya mampu pergi dekat-dekat sahaja. kalau jauh tak sanggup lah. kecuali jika penceramah orang baru, ceramah Zahid Mat Arip tak pergi pun tak apa sebab dah banyak dalam youtube.
Di Taman Mewah Kamunting, Ezam pernah datang dan kebanyakan penonton yang hadir ialah orang taman tersebut , itu pun tak semua yang hadir. anggaran dalam seribu sahaja.
Dua malam lepas (9 Mac2011) dalam ceramah bongkar di Halaman Rumah Dato Mansor Batu 8 Trong , kehadiran adalah dibawah 500 sahaja. Ini kerana publisiti yang amat kurang. sepandok yang digantung pun berskala kecil, flyer dan surat jemputan mungkin tak ada, facebook tak digunakan untuk menghebahkan jemputan, blog lagi lah tak ada.
Umno Bukit Gantang mungkin ada laman web tetapi tidak menonjol. Nak mengharap ahli-ahli Umno membuat laman-laman blog peribadi yang menjurus ke arah Umno BN , langsung tak ada. Bab ini UMB di bawah Tun Faisal kena lihat. YB Dato Rosnah Sherlin Ketua Puteri juga perlu bangun dalam memperbanyakkan Media Baru ini.
Setakat ini hanya terdapat dua blog yang menggunakan nama Bukit Gantang tetapi mereka tidak menetap di kawasan tersebut. Blog tersebut ialah Awek Bukit Gantang dan Anak Bukit Gantang. Kepada TEN atau Shamsul Ketua Pemuda Umno Bukit Gantang kena melihat perkara ini sebagai medium penting dalam cyberwar .
Umno Bukit Gantang ternyata kalah dengan Pas dalam peperangan Maya. Di P 59, Pas mempunyai lebih daripada 20 blog atas nama individu yang menggunakan label blogspot. Umno dan ahli Umno Bukit Gantang ada berapa?
Hal ini juga berlaku di kawasan lain, Contohnya Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar atau lebih senang 24 Bahagian Umno di Perak ini ada berapa ramai pejuang-pejuang maya yang berperang dalam blog, twitter, facebook dan email group ? TM sebut 4 medium sahaja kerana itu lah yang membantu kejayaan pembangkang sekarang.
Umno nampaknya masih ketinggalan dalam hal ini. Itu belum sebut lagi bab SMS blasting seperti yang dibuat oleh Rahimi bekas anak didik Anwar Ibrahim. UMB harus mendapatkan kepakaran Rahimi dalam membantu Umno yang ketinggalan dalam teknologi ini.
Seperkara lain ialah laman portal Umno Bahagian Perak masih kaku dan sepi. Kita kalau nak buat kerja mesti fokus, buat betul-betul.
Jangan ikut style peladang malas yang menggunakan konsep 3T ( tanam tanam tinggal) Sebab apa? sebab dia hanya ambil upah, suruh tebas, dia tebas, suruh tanam, dia tanam, tetapi bila suruh jaga dia segan , bila ada hasil, cepat-cepat nak tuai.
Satu lagi jangan nak tangkap semua kerja, yang ini nak buat, sanggup tuan, yang itu nak buat, sanggup tuan, semua kerja sanggup dan kaut semua tugas, sebab apa? sebab ada masyuk. tetapi bila sudah masyuk , kerja tak sempurna, bak kata orang Balik Pulau Bayan Lepas, Sini terpelau, sana terlepas.
Oleh itu jangan nak monopoli semua, Umno ni banyak cabang dan banyak sayap, agihlah betul betul, buat kerja sorang sikit.
Nampaknya TM dah lama dok balun warroom dan cyberwar Umno Perak yang gagal. Nasib baik lah Tuan punya badan malam tu tak kenal TM. Kalau dia kenal sudah tentu dia sound TM sebab selalu balun dia. hehehe. Aku peduli apa........haha hahaha..
Teringat satu ketika dahulu semasa BN mengambil alih kerajaan BN, beberapa orang kuat Umno dikhabarkan telah disetup setup sebuah War Room di Medan Istana dekat-dekat dengan Pejabat Dap. Apa jadi masih hidup atau sudah tutup? Lepas itu senyap saja, agaknya buat kerja senyap-senyap lah kut?
Yang syoknya Hanafiah Man pun bagi ceramah, dan sebut dia pernah bertanding atas tiket PKR di Tualang Sekah tetapi kalah. Barulah TM tahu dia pernah bertanding. Bila kalah nampak sangat dia bukanlah seorang pemimpin tetapi cuba nak berada di atas dan akhirnya ditolak oleh pengundi.
Agaknya kali ini mungkin beliau akan dipilih oleh Umno Negeri Perak untuk bertanding atas tiket BN pula di Tualang Sekah. Kalau ditolak juga, sah bahawa beliau bukan pemimpin yang diangkat tetapi mengangkat. Hahaha, nasib baik dia tak kenal TM malam tu kalau tidak sure kena baling.
Adakah war room atau cyber war Umno Perak masih guna style lama, kalau macam tu kita kidnap ahli-ahli PKR yang banyak mendapat latihan dari Amerika dan Yahudi untuk membantu kita,tetapi yang ada sekarang pun bekas PKR juga ya,,,,,,silap. Sorry ya..tarik balik laa sebab dah ada dahhhh!
More on Hanafiah Man
here too about him
here too
and here