Nak belajar set rambut boleh ke IKBN, nak buat pendawaian elektrik, boleh ke IKM, nak gegas enjin motor boleh masuk Giat Mara, nak buat persijilan, boleh masuk poli atau kolej Komuniti,
Tak ada duit boleh minta kepada Yayasan Mara, PTPTN, Yayasan negeri atau Baitul Mal.
Dana memang ada, cuma minta saja. Sedih bila melihat anak Melayu yang dapat Gred 1, hanya bekerja kilang, alasannya mudah, ibubapa susah tak ada duit nak pergi universiti. Sayang nak buat apa bila usianya sudah 37 tahun. Sia-sia saja dapat gred 1 SPM. Tm sedih bila orang tersebut datang dalam satu sesi temuduga nak minta kerja.
Baru-baru dalam satu sesi perbincangan dengan seorang ibu, dia pun sama juga, katanya "mak cik orang susah, anak pun kerja kilang, nak masuk universiti pun tak boleh, mak cik tak ada duit"
Mendengar kata-kata mak cik tu, TM terus panas telinga , pantang dengar anak Melayu keciciran dalam pelajaran dan terus berkhutbah kepadanya. TM minta mak cik bawa anaknya berjumpa TM dan bawa semua sijil yang ada. Kalau layak boleh mohon masuk mana mana Institut yang disebut di atas agar anaknya menjadi insan yang berpendapatan tinggi, tak sanggup lihat anak jadi kuli batak jika mempunyai kebolehan yang baik dan tinggi.
TM mahu bukti, jangan sewenang-wenang kita menyalahkan kerajaan jika anak kita gagal dalam pelajaran dan latihan. Harap ibunya bercakap benar dan jujur. Tak mahu jadi macam wanita yang disebut di atas tadi.
Ibu atau mak cik tu kata anaknya baru 19 tahun , ini bermakna baru lepas dari alam persekolahan. Tak kan lah guru di sekolahnya tidak memberi penerangan tentang peluang-peluang belajar selepas tamat tingkatan 5, apa yang guru B&K buat? Atau anaknya yang bersalah, ponteng atau tak ambil tahu tunggu jawapannya.
Kita jangan selalu menyalahkan kerajaan, segalanya dah ada, ambillah peluang.
Kata Mat Monroe " world is stage and we play apart".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.