Sabtu, 19 Mac 2011

WAR ROOM UMNO PERAK siri 2

TM akan terus menulis mengenai war romm Perak yang dianggap gagal . PRU 13 paling akhir ialah selepas 8 Mac 2013.

Oleh itu agenda war room hanya ada 2 tahun dari sekarang. Hari ini war room masih belum mengembling semua elemen untuk menyerang musuh-musuhnya. Jika ada pun masih style lama.  Mengikut fahaman TM War Room perlu bekerja siang malam sama seperti perang dingin Rusia Amerika dalam isu bom nuklear. War room hanya akan ditutup jika tiada lagi ancaman,  ia itu apabila pihak musuh sudah benar-benar kalah. Jika di Malaysia ialah parti S 46.

Selagi wujud PKR, Dap dan Pas, selagi itulah perang saraf bekerja siang dan malam. Hari ini system yang ada terlalu lemah berbanding dengan pihak lawan.

Pihak war romm juga gemar membawa masuk bekas-bekas ahli PKR ke Perak. Sedangkan kita lupa bahawa di Perak ini terdapat ramai-ramai bekas-bekas Adun atau MP yang boleh mendedahkan agenda pembangkang.

Malah mereka lebih memahami situasi sebenar kerana mereka berada di Perak. Gunakan mereka untuk memberi ceramah kepada orang ramai, dedahkan bagaimana agenda Anwar memperdaya dan menipu ketua-ketua bahagian dahulu dalam meraih sokongan secara paksaan untuk mengangkat Anwar supaya menjadi Perdana Menteri.

Semalam TM sempat berbual sekejap dengan bekas Adun Selama Perak. Yang Berbahagia Cikgu Kasim Mahmud, Orang seperti ini lah yang war room perlu bukan mengimport bekas-bekas ahli PKR.