Pas. Dap dan Pkr sebenarnya merupakan sebuah parti politik yang tidak menghormati rakyat Sarawak. Ketiga-tiga parti ini seolah-olah cuba merampas kuasa di bumi Kenyalang. Terkini Pkr telah mengenepikan SNAP dalam agihan kerusi.
Kita sedia maklum bahawa Sarawak adalah kerajaan autonomi yang mempunyai sistem pentadbiran dan mempunyai menteri kabinetnya sendiri. Sarawak juga sudah mempunyai banyak parti-parti politik dan parti dari Semenanjung janganlah nak menyebuk di sana.
Tugas utama 3 parti bodoh ini ialah dengan menfitnah Pehin Seri Taib Mahmud. Beliau dianggap sebagai diktator dan disamakan dengan Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ditumbangkan melalui rusuhan.
Taib Mahmud dianggap menguasai pembalakan dan tanah-tanah di seluruh bumi Sarawak. Malah ada yang menyatakan semua bangunan yang didirikan di Sarawak adalah milik beliau, contohnya tohmahan pembangkang ialah Menara Pehin Setia Raja di Mukah adalah milik Taib Mahmud. Wisma Sanyan di Sibu juga dikatakan milik Taib, Wisma BDA di Bintulu juga dianggap miliknya.
Ini belum masuk kekayaan anaknya Jamilah yang memjadi pemaju hartanah di Canada. Kenapa pembangkang tidak mengaitkan kekayaan Mustapha Kamal pemaju projek hartanah di Damansara Perdana dengan Taib Mahmud?
Jamilah seperti juga MK Land yang berjaya memajukan sebuah tanah yang dianggap tempat jin bertendang hingga menjadi sebuah bandar moden dan di isytiharkan sebagai Zon Antarabangsa. Begitulah juga kisah Jamilah yang tanah milik mereka menjadi kawasan yang maju oleh kemajuan. Janganlah dikaitkan dengan Taib Mahmud.
seterusnya bacalah fitnah Kudeta di bawah
Pra-Pilihanraya DUN Sarawak: Ada Kejutan Buat Taib Mahmud??
Kini, cuma menunggu gendang pilihanraya dipalu oleh sang penguasa rakus tamak haloba, si Taib Mahmud!
Perlu diingat, 71 kerusi DUN yang ditawarkan bakal diserahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya!
PBB dan sang penguasa gelojoh tentunya melihat proses pilihanraya DUN Merlimau dan Kerdau sedikit sebanyak merencatkan strategi Pakatan Rakyat merampas Sarawak dari tangan Barisan Najis, sudah 46 tahun berlalu!
Walaupun dikhabarkan berlaku pergolakan antara parti komponen di sana terutamanya SNAP yang menyertai Third Force, ini tidak bermakna Barisan Najis boleh tidur lena.
Baru Bian, Dominique Ng, Chong Chein Jin dan rakan-rakan mereka pastinya akan seberapa daya menentang arus ratusan juta wang yang bakal "dirasuahkan" Taib Mahmud tidak lama lagi!
Mengikut pandangan beberapa pihak, Pakatan Rakyat akan membuat kejutan terutama kerusi bandar dan separa bandar yang dikepalai DAP dan PKR seperti di Kuching, Miri, Bintulu, Sarikei dan Sibu.
PAS pula akan cuba memecahkan kubu tradisi kaum Melanau di sekitar Tanjung Manis hingga ke Kota Samarahan yang sekian lama "dibela dan disuap" Taib untuk menutup mulut agar segala kezaliman terhadap kaum pribumi terutama Iban, Penan dan sebagainya yang didiamkan selama ini!
Dan kemasukan blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin mewakili MCLM yang khusus menggempur kubu Taib nun berpangkalan jauh di kota London pasti membuatkan Taib tidak boleh makan angin sangat!
Itupun sekiranya akses kepada maklumat media alternatif yang terbatas mungkin memberi sedikit "kredit" untuk Taib terus "bernafas".
Hakikatnya, dengan perkiraan kurang dari 20 hari dari sekarang masa itu akan tiba, mahu tidak mahu Taib harus menentukan masa depannya.
Sama ada masih terus kekal memerintah atau bersiap bungkus kain baju lari mencari suaka politik bak presiden Tunisia yang diguling, Zine El Abidin Ben Ali!
JALAN PULANG
Pakatan Sudah Atur Strategi PRU Ke-13, Kata Azmin
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat akan bekerja keras dalam memastikan gagasan itu berjaya menawan tampuk pemerintahan pada PRU akan datang.
Bercakap kepada Tv Selangor, Azmin berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi, mampu memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional, sekaligus menyampaikan mesej rakyat kepada parti itu.
"Insya-Allah kita bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan dalam masa terdekat ini.
Memang kita sudah menjangkakan bahawa pilihanraya umum-13 akan diadakan lebih awal daripada jangkaan kita untuk mendapatkan mandat semula,"katanya.
Azmin turut menjelaskan, pihaknya kini sedang mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.
Malah beliau turut menyatakan kesediaannya jika Pilihanraya Negeri Sarawak diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum ke-13.
" Saya yakin, Pakatan Rakyat khususnya Keadilan bersedia menghadapi pilihanraya akan datang.
Esok saya akan ke Sarawak untuk meneliti persiapan Pilihanraya Negeri Sarawak.
Kita sudah sampai ke tahap yang terakhir dari segi pengagihan kerusi dan juga calon.
Sekiranya dilakukan secara bersama dengan peringkat pusat, Insya-Allah kita juga bersedia.
" Malahan dengan perkembangan baru ini saya kira semangat rakyat untuk membawa perubahan itu terlalu kuat dan hanya menanti masa PRU akan datang,"katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini.
Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu tanggapan orang ramai dan kemungkinan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.
Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.
Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.