Sabtu, 9 April 2011

Baiah Pas sesat.


Kalau Keluar Pas jatuh  3 talak terhadap isteri dan suami ku



Penulis mendapat maklumat bahawa kesemua wakil Pas yang bertanding di Pilihanraya Negeri Sarawak ini telah diwajibkan untuk melakukan upacara bai’ah dihadapan Presiden PAS.

Selain Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga dikatakan ada sewaktu majlis bai’ah dilakukan. Penulis difahamkan, Majlis ini diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri Sarawak.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, wakil-wakil perhubungan negeri-negeri, wakil-wakil calon dan juga pencadang serta penyokong calon itu sendiri juga dipanggil bagi menjadi saksi bai’ah itu.

Tak tahulah pula apa yang dipertaruhkan didalam bai’ah wakil PAS di Sarawak ini. Kalau di Semenanjung dulu, semua wakil PAS dikehendaki mempertaruhkan rumahtangga masing-masing didalam sumpah bai’ah mereka.

Mungkin di Sarawak ini, pertaruhan bai’ah PAS ialah berkenaan harta benda wakil itu sendiri. Mungkin syaratnya ialah, jika wakil PAS keluar dari parti selepas menang bertanding, harta benda mereka akan serta merta menjadi milik parti.

Semuanya ada kemungkinan berlaku didalam PAS. Kalau sebelum ini pemimpin-pemimpin parti ini sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam di Semenanjung, tak mustahil mereka akan meneruskan tabiat mereka di Sarawak ini.

Ketika memberikan amanat selepas majlis berbai’ah kepada calon PAS di Sarawak, Presiden PAS menyatakan bai’ah merupakan satu perjanjian taat setia kepada parti dan pucuk kepimpinannya. Bai’ah adalah penting bagi memastikan wakil PAS tak mengkhianati parti.

Penulis berpendapat, sebenarnya PAS tak menaruh kepercayaan terhadap ketaatan wakil mereka sendiri. Sebab itulah sumpah bai’ah ini dilakukan. Ini semua adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan calon mereka supaya tak meninggalkan PAS.

Sebab itulah penulis diberitahu, Abdul Hadi Awang telah menegaskan bahawa sesiapa diantara calon PAS yang mengkhianati parti selepas mereka menang nanti, calon tersebut akan dilaknat oleh Tuhan dan akan menerima balasan buruk didunia.

Inilah jadinya kalau politik didahulukan melebihi apa yang digariskan oleh agama. PAS membuktikan bahawa agama digunakan sebagai alat bagi kepentingan politik mereka.