docmarjan |
Pas lupa sejak azali lagi mereka sering mengaibkan pemimpin Umno. Sejak zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke era Dato Seri Najib Tun Razak, Pas sentiasa mengaibkan pemimpin Umno tanpa rasa bersalah dan berdosa.
Ia amat ketara dalam penghinaan yang dibuat oleh Pas terhadap Datin Seri Rosmah Mansor. Bukan setakat caci maki, Pas juga melukis karikatur yang benar-benar menjatuhkan maruah isteri pemimpin negara.
Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali pula berkata, penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah cubaan pihak tertentu untuk mengaibkan pemimpin itu.
Kepada pemimpin Pas, satu pesanan, supaya lebih bersikap profesional dalam berpolitik , lebih-lebih lagi Pas melabelkan diri mereka Parti Islam.