Selasa, 5 April 2011

HUDUD : Pembunuh dihukum bunuh; Beranikah Pas laksanakan Hudud?

KANGAR: Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital adalah individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz itu menelefonnya sendiri pada 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya, Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.

"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya," katanya kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.
Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam.

Mohd Zamri berkata, beliau melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya.

Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu.
Mohd Zamri menyifatkan anak angkatnya itu sebagai seorang yang pendiam, agak aktif serta keras hati namun tidak pernah mengabaikan solat serta berkebolehan membaca al-Quran.


Nota Kaki:


Pas hanya mampu mohon maaf kepada keluarga mangsa . Pas yang melaungkan hukum hudud patut melaksanakan hukuman tersebut keatas ustaz Pas yang membunuh kanak-kanak tersebut.