Salam Bro,
Aku tak terkejut kalu DAP menang 12 drp 15 kerusi yg dipertandingkan dan majority nya ialah Cina? Apa yang hendak dihairankan, sedikit sebanyak mereka belajar dari orang PAS. Bagi aku ambil tapi pangkah bulan dan roket. Buat apa nak salahkan mereka tapi muhasabah pemimpin2 pihak pemerintah. Pepatah melayu ada mengatakan dan mengingatkan kita, Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran. Begitulah gambaran apa yang bakal berlaku dalam PRU13.
Kunci untuk jawaban diatas ada pada TUN Mahathir, semasa permusuhan sengit antara Tun Mahathir dgn DSA, undi cinalah banyak membantu BN mengekalkan kuasa dimana undi melayu dan kes tikam dari belakang bekas KM Sabah (Pairin Kitingan) memburukkan keadaan. Tapi sekarang, zaman, teknoloji dan strategy telah berubah tetapi kelemahan orang cina dimana letaknya. Mungkin zaman lembut dan lembab sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi untuk memikat hati pengundi2 cina. Pemimpin Cina dari DAP kelihatan lebih bersih (moral dan rasuah) jika nak dibandingkan Pemimpin cina dari BN.
JMM dan perkasa tidak banyak menyerang pemimpin-pemimpin Cina DAP yang lebih busuk dan kotor tapi kelihatan bersih dan baik. Pemimpin DAP lebih rapat dan mesra dengan pengundi2 cina kerana kerap tutun padang dan berceramah kalau nak dibandingkan pemimin cina MCA dan Gerakan. Konsep yg sama pernah berlaku dalam UMNO suatu ketika dulu dimana pemimpinnya sombong dan berlagak tapi dengan adanya DSN ia makin berkurangan dan mula mendapat balek kepercayaan dari grass roots.
Cukup sampai disini, insyaallah next time kita sambung, k