Isnin, 18 April 2011
Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan
Isu pengundi bandar (Cina) menolak calon SUPP masih hangat diperkatakan. Mereka sebenarnya terpengaruh dengan DAP chauvinist parti yang menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka.
Pengundi bandar mungkin sudah lupa akan kesusahan masa dahulu dan setelah mendapat segala-galanya mereka bersifat kacang lupakan kulit atau seperti peribahasa Melayu Bunga dipetik, perdu ditendang.
Keghairahan untuk menukar kerajaan sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor menjadi impian kepada pengundi bandar.
Keinginan mereka hampir menjadi kenyataan dengan sokongan dan bantuan PAS dan juga PKR. Bagi mendapatkan sokongan dan kejayaan Dap sanggup menjadi hamba kepada Pas dan Pkr asalkan hasrat mereka tercapai, hatta menjual anak sendiri pun mereka sanggup asalkan cita-cita mereka berjaya.
Dahulunya Lim dan anak amat membenci akan agama Islam, sehingga beliau mencela dan mengkritik dalam dewan parlimen bahawa Malaysia tidak boleh menjadi negara Islam. Karpala Sink pula pernah mencampakkan perlembagaan persekutuan di dalam dewan parlimen, kenapa?
Kini mereka sanggup bersifat munafik dengan berkopiah, hadir ke surau dan masjid, sanggup membaca ayat Quran dan Hadis, sanggup makan bersila, sanggup memberi beras, gula dan tepung kepada orang Melayu khusus untuk menarik sokongan kepada mereka kepada DAP dan mereka berjaya melakukannya.
Masih ingat Lim dan Kapala Sink ingin memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang ke-10 YB Dato Seri Nizar Jamaluddin?
Mereka tidak bersetuju apabila Nizar dipilih oleh Paduka Sultan untuk menjadi Menteri Besar Perak. Kapala Sink dengan biadap bercakap pada media bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Paduka Sultan.
Okaya lah, hari ini pengundi bandar boikot kerajaan BN. Apakata jika kerajaan pula boikot pengundi bandar.
Kebanyakan pengundi bandar adalah ahli perniagaan, dari penjual keputusan 4 ekor setiap petang Sabtu dan Ahad sehinggalah kepada tycon yang mengendalikan perniagaan jutaan ringgit setiap hari.
Mereka menjadi pembekal kepada projek-projek dan tender kerajaan sepeti membekalkan makanan kering dan basah kepada kerajaan, membekalkan barangan-barangan keperluan pejabat, ladang, sekolah, kolej, universiti , kem tentera dan banyak lagi jabatan-jabatan kerajaan.
Bagaimana rasanya jika kerajaan memboikot mereka dengan menghentikan tender-tender atau kontrak bekalan dan perkhidmatan untuk 3 bulan dari sekarang.
Rasanya mahu peniaga atau pembekal akan berguling seperti anjing kelaparan diatas jalan.
Apa tidaknya jika dalam tempoh 3 bulan tidak ada pesanan untuk dihantar, tiada wang masuk , tiada wang untuk membayar gaji pekerja, tiada wang untuk membayar sewa kedai, lori , perkeso dan lain-lain.
Pernah berlaku satu ketika dahulu, kerajaan mengadakan pemotongan bajet dan berjimat kerana masalah inflasi yang melanda dunia dan negara.
Ramai pekerja bank dan kilang terpaksa membuang pekerja. Kedai banyak yang tutup dan industri jual beli kereta banyak yang bungkus.
Pada ketika itu kita melihat betapa susahnya pengundi bandar. Mereka merayu dan membantu BN untuk menang besar dalam pilihanraya 1999 dan juga 2004.
Dua tahun lalu, dunia sekali lagi dilanda masalah ekonomi dan inflasi dunia meningkat mendadak. Beribu kapal-kapal dagang tersadai di Singapore kerana tidak muatan untuk dibawa. Semuanya gara-gara kejatuhan ekonomi Amerika.
Malaysia juga terjejas kerana tidak dapat mengekspot produk ke Amerika. Bagaimana dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak. Ekonomi Malaysia dapat bertahan dengan pakej ransangan ekonomi yang diperkenalkan oleh beliau.
Walaupun subsidi minyak, tepung, gula dikurangkan, ekonomi Malaysia tetap kukuh, tiada pekerja dibuang, tiada kilang dan kedai ditutup. Tiada restoran yang kekurangan pelangan.Tiada KFC yang rugi besar. Begitulah bijaknya Najib menguruskan ekonomi negara.
Apakah pengundi bandar di Sarawak menolak BN kerana BN masih meletakkan calon lama seperti Taib Mahmud, Dr Chan dan beberapa orang lagi yang sudah terlalu lama? Jika benar bagaimana pula dengan Lim Guang Eng yang sama usianya dengan Taib Mahmud?
Bagaimana pula Nik Aziz? Tidakkah mereka terlalu lama dan uzur. Kapala Sink berkerusi roda dan apa sumbangan beliau terhadap kawasan yang diwakilinya. Dalam sebulan berapa kali beliau balik ke kawasan.
Taib Mahmud lebih bertenaga dan lebih gagah berbanding dengan Kapala Sink dan Nik Aziz.
Bagaimanapun Taib Mahmud perlu bersiap untuk mencari ganti secepat mungkin, ini kerana konsep 1 Malaysia yang menyebut Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Oleh itu wajarlah sebelum PRU 13 yang mungkin diadakan tahun ini atau tahun hadapan Taib Mahmud mendengar signal yang diberikan oleh rakyat dalam PRN Sabtu lepas.
Contohilah Tun Dr Mahathir yang turun sebelum diturunkan. Tun tahu signal sudah diberikan. Hari ini semua orang masih merindukan sentuhan Tun Mahathir yang melepaskan jawatannya pada tahun 2003. Sekejap sahaja 8 tahun sudah berlalu dan sentuhan Tun Mahathir masih berbisa dan setiap patah katanya dinantikan setiap insan.