by Semut Hitam
Wah! Boleh tahan jugak rupanya minah muka berminyak ni kalau bagi ceramah. Bedesing jugak telinga mendengarnya.
Bukan sebab bedesing dengar dia kutuk Barisan Nasional. Tapi bedesing sebab dia kutuk orang. Konon semua orang ni bodoh sangat la kalau nak dibandingkan dengan dia.
Mentang - mentang la dia Setiausaha Politik Menteri Besar, dia ingat dia pandai sangat ke nak kata orang lain bodoh?
Si Faekah ni semalam bagi ceramah di Bilik Gerakan PKR Satok, Kuching. Dia turut mempertikaikan kelayakan rakyat Sarawak ni dari dulu sampai sekarang.
Kata Faekah, masa dia masuk Sekolah Rendah, naik ke Sekolah Menengah, terus ke Universiti dan jadi Peguam, Tan Sri Taib Mahmud tetap Ketua Menteri Sarawak.
Punya lama Taib Mahmud jadi Ketua Menteri. Macam orang lain tak de yang layak nak menjawat jawatan tersebut.
"Di Sarawak ini tidak adakah manusia lain, selain Taib Mahmud yang layak menjadi Ketua Menteri?" - Faekah HusinEwah! Suka - suka hati dia je nak mempertikaikan pasal rakyat Negeri orang ni ye? Dia tu bagus sangat ke?
Tapi Faekah ni tak sedar. Dia secara tak sengajanya turut membidas calon PAS di DUN Muara Tuang, Noraini Hamzah.
Umum dah tahu yang si Noraini tu bukan orang asal Sarawak. Dia berasal dari Negeri Kelantan. Jadi soalan Si Faekah tu pun wajar diajukan kepada PAS jugak.
Apa, tak de manusia lain ke di Sarawak ni yang layak menjadi calon PAS di Muara Tuang? Bodoh sangat ke orang Sarawak ni sampai terpaksa memilih bukan rakyat tempatan sebagai calon dan wakil mereka? Hah! Jawab la. Siapa nak jawap?