Setiap kali YB Dato Seri Anwar Ibrahim dihadapkan dengan kes-kes salahlaku samada kes liwat ke atas Azizan Abu Bakar, kes skandal dengan Shamsidar Taharim, kes salah guna kuasa, maupun melibatkan kes liwat Saiful Bukhari dan terkini melibatkan china doll yang dirakam melalui cctv.
Anwar akan turun padang dan mengadu kepada rakyat. Anwar akan maki hamun sesiapa sahaja yang lalu di hadapannya.Satu negara menjadi kecoh.
Anwar mahu rakyat menjadi hakim dan sistem perundangan, dan negara dituduhnya korup. Mahkamah korup, Pegawai Pendakwa korup, PDRM korup malah mangsa yang mengadu juga korup.... Jadi alat Umno. . . Segala-galanya korup. . . Anwar seorang yang tidak korup.(tapi berkurap kot)
Anwar turun ke jalanan dan mengajak rakyat tumbangkan kerajaan yg memerintah. . .mengapa jadi begitu? Mudah saja jawapannya, Bila kerajaan tumbang maka Anwar akan jadi bersih sebersih bayi yang baru lahir. .
Sebab kes tutup. Anwar lupa bahawa jika dia menguasai Putrajaya pun pihak yang dituduh korup tadi akan tetap menjalankan tugas seperti biasa kerana mereka pegawai kerajaan. .
Kerajaan pimpinan Anwar akan tetap membayar gaji kepada semua pegawai tersebut. .tapi kita tanya Anwar.
Mengapa sejak sodomi pertama dulu tidak pernah pun kita dengar dia mengadu pada Allah. Solat hajat pun dia tidak pernah sertai. Orang lain bersolat tetapi Anwar tidak sertai. Tang waktu ceramah. . Dia lah hero, dia lah juara.
Serata dunia dia pergi mengadu dan balun kerajaan tetapi sekalipun kita tidak pernah dengar dia pergi mengadu pada Allah di hadapan Baitullah. .
Yang dok pi mengadap hanyalah rakan-rakan dia saja..... Berbelas tahun menghadapi segala macam dugaan tetapi mengapa Anwar tidak pernah yakin pada Allah.
Sepatutnya doa orang yang teraniaya tiada hijab apatah lagi kalau diri sendiri bermunajat di hadapan Baitullah.