Sabtu, 30 April 2011

Lima Soalan Eskay Untuk Anwar Jawab. Sampai laa Anwar dia tak jawab

Dalam sidang media di Impiana Hotel, Kuala Lumpur, 23 Mac lalu, Eskay memberitahu beliau merasakan telah diperalatkan terlalu lama oleh manusia bernama Anwar Ibrahim, tetapi bukanlah seperti kes Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana dia lelaki straight .

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. Dari satu sudut, saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk check and balance. Saya bukan ahli UMNO dan mana-mana parti pun. Tetapi saya suka bila pembangkang kuat, supaya kepentingan rakyat terjaga”

“Tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan”, tegas Eskay menjelaskan rasional di sebalik tindakannya mendedahkan video seks tersebut.

Eskay bagaimanapun meminta penyokong-penyokong Anwar supaya tidak menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, beliau mendakwa akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak…”

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan…” desak Eskay.

Soalan tersebut ialah, pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu,” kata Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog…” minta Eskay.

Penjelasan Eskay itu menunjukkan episod ini masih berpanjangan lagi. Skandal video seks lelaki menyerupai Anwar yang sedang disiasat polis itu seolah-olah hanyalah satu permulaan.

Anwar dan Wan Azizah telah menolak permintaan Dato’ Trio yang terdiri daripada Dato’ Eskay, Dato’ Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik supaya berundur dari persada politik tanah air.

“Bermakna semua yang hadir yakin, Eskay yang merupakan ‘anchor’ dalam episod ini, mempunyai lebih dari sekadar video seks untuk didedahkan kepada umum”, rumus Kickdeffella. Klik di sini