Sejak tersiar rakaman video seks Anwar dan China Doll tersebar telah menyebabkan Anwar tertekan. Walaupun Anwar menafikan bahawa bukan dia sebagai pelakon utama tetapi di rumah Anwar malu dengan anak isteri serta sahabat handai.
Anwar juga mendapat simpati dan sokongan moral yang kuat daripada Pas, Amk Pkr dan penyokong setianya. Malah Tian Chua pun turut membela dan mempertahankan tindakan boss nya.
Masih teringat kes gambar bogel Adun Bukit Telanjan?
Sewaktu gambar bogelnya tersebar di internet, Adun tersebut juga tertekan sehingga ingin meletakkan jawatan, dan dapat kita lihat bagaimana sedih nya Muslimat Pas sehingga ada yang mengalirkan air mata kerana sedih. Nik Aziz juga tidak kurang hebatnya sehingga sanggup membaptiskan semula Adun tersebut.
Cuma yang kurang memberi perhatian dan sokongan ialah Dap. Mereka melihat dengan cukup berhati-hati, oleh kerana ia isu remeh yang melibatkan kepimpinan Pkr, Dap mengambil sikap berdiam diri.
Bagi Dap pencapaian utama mereka ialah untuk menang pilihanraya Sarawak dan PRU 13 akan datang. Persetankan dengan hal-hal remeh.
Dap juga mempunyai masalah sendiri yang perlu pembelaaan iaitu isu kematian Teoh Beng Hock. Dap lebih mementingkan diri mereka sendiri.
Ini terbukti dalam kes seks Anwar dan China Doll. Kini china doll atau pelacur tersebut mengalami tekanan perasaan yang teruk. Malu untuk ke kolej, malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling.
Dap sepatutnya menjenguk dan mengambil tahu mangsa tersebut, dia perlu diberi bantuan kewangan kerana sudah hilang punca pendapatan kerana tiada lagi pelanggan yang mahu melanggannya kerana takut kesan racun arsenik yang boleh membunuh.
Racun arsenik telah menjadi isu penting sejak Anwar dipenjara dan isu arsenik juga telah menjadi modal Pkr sehingga sanggup menghantar memorandum ke persidangan Majlis Raja-raja Melayu satu ketika dahulu.
Elok sangat lah jika Dap turun padang untuk mencari dan membela kebajikan pelacur tersebut. Jangan lupa bawa borang keahlan Dap sekali.