Sabtu, 16 April 2011

Pas makan telur di Sarawak

Pas meletakkan 5 calon untuk PRN Sarawak ke 10. Pas menaruhkan harapan yang tinggi untuk menang bergaya.

Awal pagi tadi Pas begitu yakin akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi iaitu di Beting Maro.  Bagaimanapun pada sebelah petang suasana muram berlaku di kem Pas dan kemuncak kesedihan ialah apabila seorang jentera parti Pas dari Kelantan meninggal dunia di Beting Maro.

Sebelum jam 5 petang, Pas sudah tahu mereka akan kalah teruk dan akan hilang wang pertaruhan. Akhirnya Pas dapat telur ayam 5 biji.

Facebooker Pas sejak malam tadi sehingga tengah hari tadi bukan main bongkak dan sombong menghina dan mencela BN dengan pelbagai tohmahan.

Semuanya memakan diri sendiri dan nasihat TM ialah satu, Pas Sarawak perlu dibubarkan dan tidak perlu bersusah payah nak bertanding lagi. Rakyat Sarawak sejak 1980an lagi sudah menolak ideologi Pas yang dianggap terlalu ekstrem dan ortodok.

3 ulasan:

  1. umno yg dpt teloq, pas dapat lebih 9 ribu undi..biasale buat permulaan..waktu nabi pekenal Islam yg terima Islam mmg tak ramai, org lemah, miskin dan terinaya je yg ikut nabi waktu tu....

    BalasPadam
  2. Pas beruntung krn masih lg berupaya mmbawa pulang telor omega sedangkn Pkr masih tercari2 dimana tuan punya jam omega berada.. Sekurang2nya mereka tahu dmana presiden mereka walau tak tahu dia berada dirumah isteri yg mana.. Tahniah BN..! And thanks to chinese atas balasan budi yg BN beri lbh 50 thn dahulu utk mnjadikn korang sebahagian warga Malaysia.. Pls go back to china if BN didnt deserve your vote.. Sarawakian @ long house is better than you.!

    BalasPadam
  3. aku dh bagi tahu kt TG Hadi Awang, PAS perlukan reformasi dr segi re-branding, re-packaging, re-image, approach dan strategy yang baru. PAS punya kekuatan tapi tidak digunakan sepenuhnya. Berdirilah atas kaki sendiri drp bersekongkol dlm pakatan. wsalam

    BalasPadam