Jumaat, 15 April 2011

Penyokong PKR sudah angkat kaki

Pilihanraya Sarawak kali ini amat jauh berbeza daripada PRK Sibu  dahulu.  Oleh kerana skandal video seks dan pembohongan jam Omega menyebabkan sokongan kepada parti individu Anwar semakin pudar.
Ditambah pula dengan pendedahan RPK mengenai pembohongan Anwar menambah parah dan penderitaan kepada Anwar.

Anwar hanya berharapkan keajaiban untuk menang esok, esok tiada lagi perayu undi, tiada lagi pemujuk rayu. Ini kerana ramai jentera Anwar sudah mula meninggalkan hotel-hotel dan rumah-rumah sewaan mereka untuk pulang ke semenanjung.

Sebelum mengangkat bendera putih, Pakatan Omega telah menjanjikan langit dan bintang yang sukar ditunaikan.

Anwar juga menuduh BN telah menaburkan wang yang banyak ke kawasan Ba Kelalan padahal Baru Bian yang telah melambakkan RM 2 juta semata-mata untuk kemenangannya di kawasan tersebut.

Wang yang diperolehi sudah tentunya datang daripada wang penipuan dalam kes-kes mahkamah mengenai NCR dan wang transaksi dari luar negara yang masuk melalui Danok.

DAP juga mempunyai strategi sendiri untuk menang esok. Caranya mudah, dengan memprotes kertas undi yang memihak kepada BN. Dap akan cuba menolak atau menghasut kerani menggundi dan ketua tempat mengundi agar menerima cadangan mereka bahawa kertas undi itu rosak.

Dap juga akan cuba membantah dan menyuruh pegawai bertugas untuk membuat pengiraan semula. Hari ini semua  Polling agent dan counting agent telah diberikan taklimat oleh pengarah mereka.

PA dan CA juga akan cuba bersikap agresif dan mengugut kerani dan ketua tempat mengundi supaya mendengar kata-kata mereka.

Sikap sebegini telah berjaya membuatkan DAP menang besar dalam PRK Sibu yang lalu , dimana jumlah kertas undi yang rosak terlalu tinggi jumlahnya.

Mereka juga akan cuba membuat kacau sepanjang waktu pengundian supaya mereka diusir oleh SPR, apabila perkara ini berlaku , mereka akan merakam peristiwa tersebut menggunakan kamera video telefon bimbit untuk kes bantahan dimahkamah.

Seruan kepada pengundi esok ialah supaya menandakan X pada ruangan yang betul untuk mengelakkan kertas undi ditolak oleh pembangkang.