Perhimpunan untuk mendesak satu Suruhajaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat penglibatan Ketua Pembangkang sebagai individu utama dalam rakaman tersebut.
Bantahan ini akan diadakan esok pada 3 April 2011 bersamaan Ahad pada jam 2.30 petang di IPD Klang Utara.
Perhimpunan ini amat penting demi politik dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang keliru dengan isu tersebut.
Serbelum ini terdapat isu yang hampir sama iaitu kes pemimpin politik iaiti kes Chua Soi Lek. Kes ini selesai apabila orang yang dituduh mengakui beliau adalah individu yang terdapat dalam rakaman tersebut.
Teresa Kok dari DAP juga pernah mendesak satu suruhanjaya untuk menyiasat warga cina yang didera ketuk ketampi dalam keadaan bogel.
Anwar juga pernah mendesak supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kes rakaman video correct correct yang membabitkan seorang peguam dengan Ketua Hakim Negara.
Oleh itu apalah salahnya kita pula mendesak satu suruhanjaya yang sama untuk menyiasat ketulenan video dan individu yang terdapat dalam rakaman tersebut.