Sabtu, 16 April 2011

Takziah kepada petugas Pas dari Kelantan



Takziah
BETING MARO, 16 April: Seorang petugas PAS dari Kelantan, yang bertugas sejak hari pertama kempen di sini, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang ini.

Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, didakwa meninggal ketika sedang berbual bersama rakan-rakan di bilik gerakan PAS Beting Maro.

Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul machang. Urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh petugas di sini.

Sekarang sedang menunggu pihak hospital datang untuk membawa jenazah ke hospitak Betong.

Pimpinan yang ada di sini selain calon, Yb Zaki timbalan speaker kelantan, baihaqi atiqullah, yb che lah, yb fatah harun.

Jenazah dijangka dibawa pulang esk, pihak keluarga telah dimaklumkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan