Sabtu, 16 April 2011

KHALID SAMAD 2X! APA LAH BINGAI SANGAT.

Pas masih dangkal dalam politik. Sebab itulah Pas menyokong Dap sehingga mereka menang banyak kerusi kali ini .

Pas masih mengutuk kononnya Umno tidak mendapat tempat dalam politik Sarawak.  Pas berbangsa kerana Pas, Pkr dan Dap dapat bertapak di Sarawak.

Untuk makluman Khalid Samad dan semua ahli Pas, Umno tidak akan masuk ke Sarawak kerana Umno masih menghormati dan percaya kepada komponan BN Sarawak yang wujud sekian lama. Umno menghormati bahawa Sarawak ada sebuah kerajaan autonomi yang mempunyai barisan menteri kabinet sendiri.

Khalid Samad kena faham betul-betul sistem kerajaan Sarawak tidak sama dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Lihat twitter Khalid Samad yang dangkal dalam politik. Kemasukan Umno ke Sabah tidak boleh dijadikan tiket untuk Umno ke Sarawak, walaupun ada usaha penduduk tempatan untuk membawa Umno ke Sarawak.

Bukan sahaja Umno, bahkan semua parti komponan BN di Semenanjung tidak akan mengembangkan sayapnya ke sana.