Begitulah judul yang diperolehi daripada Twitter sebentar tadi.
Dari KL ia merebak ke Shah Alam dan kini ke Johor pula.
Sehingga hari ini suspek belum berjaya ditangkap oleh polis.
Apakah Acid Man berseorangan atau ada tangan-tangan ajaib di belakangnya?
Jika ada, apakah motifnya?
Kita tahu sebelum ini ada pihak yang cuba memburuk-buruk Polis. Polis dituduh dahagakan darah, lemah, rasuah dan sebagainya.
Dalam demontrasi pula polis dimaki dan dicerca.
Ia sengaja dilakukan untuk menaikkan kemarahan polis dan bertindak ke atas mereka.
Bila polis bertindak, mereka akan merakamkan aksi aksi polis untuk dijadikan modal mereka.
Setakat hari ini polis berjaya mengawal emosi dan mengawal tindakan mereka. Inilah yang menyebabkan pihak mereka tak senang duduk.
Justeru, Acid Man mungkin agenda baru mereka untuk menunjukkan kegagalan polis.
Polis akan dilabelkan sebagai lemah, gagal dan tidak cekap kerana gagal menangkap Acid Man.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.