Isnin, 2 Mei 2011

Perak terus membangun dibawah kerajaan BN




majlis perlancaran  projek

Satu lagi program pembangunan di Perak bakal direalisasikan dengan projek pembinaan kolej komuniti, dewan serbaguna, hotel dan apartment di bandar Lumut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata projek yang menelan kos hampir RM150 juta itu merupakan salah satu agenda pembangunan yang direncana kerajaan negeri dalam usaha menjadikan Lumut sebagai bandar pelancongan maritim.

Katanya, setakat ini kerajaan negeri telah merangka beberapa langkah untuk menjadikan bandar Lumut sebagai lokasi utama pelancong dimana projek berkenaan adalah salah satu yang telah direncanakan.

Jelas beliau, projek pembinaan itu yang dilaksanakan dalam beberapa peringkat akan dimulakan dengan pembinaan dua blok bangunan kolej komuniti dan kemudian disusuli dengan fasa-fasa lain.

“Kerajaan sedang merancang satu pelan menyeluruh dalam usaha untuk memastikan Lumut terus membangun.

“Kita akan pastikan selepas ini bandar Lumut akan berubah wajah dengan projek-projek pembangunan yang giat dilaksanakan.

Tambah Zambry, dengan keluasan tapak kira-kira 5 ekar itu kerajaan negeri mengharapkan bandar Lumut terus menjadi antara kawasan yang termaju di Perak.

Dalam pada itu terang beliau, kerajaan negeri juga sedang merangka beberapa pelan pembangunan yang bakal dilaksanakan di setiap kawasan di negeri itu.

Menurut Zambry, perancangan tersebut merupakan antara agenda kerajaan untuk memastikan setiap daerah tidak terkecuali dengan kemajuan negara.

“Kita mahu rakyat di setiap daerah merasai pembangunan yang kita rencanakan supaya tidak ada yang terkecuali dari menikmati kemajuan.

Zambry berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kolej Komuniti, Dewan Serbaguna, Hotel dan Apartmen di Dataran Lumut, Perak pada Ahad.
 
Perak Today