Sabtu, 14 Mei 2011

Perak Today-Industri Perubatan Komplementari akan dibangunkan di Perak



SITIAWAN — Kerajaan negeri Perak bercadang menyediakan pelbagai lagi insentif bagi membantu pembangunan industri rawatan alternatif, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Periksakan lokasi-lokasi perumahan Greater KL untuk PERCUMA.

Beliau berkata, industri itu dilihat sebagai satu kaedah perubatan yang merangkumkan aspek rawatan holistik ke dalam bidang bio-teknologi.

"Pada masa ini pelbagai usaha sedang dijalankan bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan rawatan komplementari yang sebelum ini digunakan sebagai rawatan alternatif,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran 1001 Herba dan Perubatan di Dewan Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Dr. Zambry berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah memberi insentif seperti pemberian tanah bagi mengusahakan tanaman produk herba untuk kegunaan industri berkenaan.

Selain pemberian tanah, katanya, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan pemberian lesen premium bagi membantu menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang berkenaan.

"Kita akan melihat sejauh mana industri perubatan berasaskan herba benar-benar mampu memberi pulangan baik kepada kita...Sebagai langkah awal kerajaan negeri mengadakan beberapa persiapan termasuk membangunkan industri bio-teknologi yang telah dilancarkan di Meru (Ipoh),” katanya. — Bernama