Sabtu, 14 Mei 2011

PerakTV bukan projek ‘gajah putih?

Rangkaian Digital Media PerakTV yang dilancarkan sejak 14 November 2009 bukan merupakan projek ‘gajah putih’ kerana sebanyak 105 skrin televisyen LCD telah dipasang oleh syarikat Simfoni Maya di bangunan-bangunan kerajaan terpilih di seluruh negeri.

KPerak Implemention and Coordination Corporation (KPerak) dalam satu kenyataannya di sini berkata, pemasangan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat melibatkan keseluruhan 300 televisyen LCD itu telah bermula sejak 2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012.

“Dalam perjanjian yang ditandatangani antara KPerak dan Simfoni Maya, semua kos pemasangan, peralatan, tenaga kerja dan penyediaan kandungan PerakTV adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat Simfoni Maya, membabitkan pemasangan 100 skrin pada setiap tahun.

“Setakat ini, antara bangunan-bangunan kerajaan di daerah tertentu yang dikenal pasti dan telah dipasang skrin televisyen LCD tersebut ialah Bangunan Perak Darul Ridzuan, balai-balai penghulu, pejabat daerah dan tanah, pejabat-pejabat pihak berkuasa tempatan, hospital, klinik dan ruang menunggu di jabatan kerajaan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab persoalan Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Salman Saleh yang meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan PerakTV yang dikatakan masih tidak jelas serta tidak beroperasi di negeri ini.

Projek PerakTV yang dilaksanakan dengan tujuan memanfaatkan penggunaan media baru di kalangan rakyat juga antara lain dijadikan medan mempromosi produk pengusaha kecil dan sederhana selain mendapatkan maklumat terkini mengenai agenda kerajaan.

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, KPerak turut diberi masa siaran percuma sebanyak 35 peratus atau dua jam setiap hari untuk menyiarkan kandungan-kandungan korporatnya bagi tujuan promosi, penerangan dan pendidikan.

“KPerak diberi potongan harga istimewa masa siaran iklan di skrin-skrin milik Simfoni Maya di seluruh negara seperti di Keretapi Tanah Melayu (KTM), TM Point dan Bank Rakyat.

“Selain itu, KPerak turut berkongsi pendapatan dengan Simfoni Maya untuk hasil daripada iklan-iklan di PerakTV,” kata kenyataan tersebut.

- Utusan Malaysia


PerakTV Is Private Sector-led Initiative

IPOH, May 14 (Bernama) -- PerakTV Digital Media Network is an initiative of KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), a subsidiary of the state government, undertaken by Simfoni Maya Sdn Bhd, said KPerak head of corporate communications Nor Zainah Nordin.

She said the costs of installation, equipment, manpower and provision of content of PerakTV were borne by Simfoni Maya.

At the same time, KPerak is given free two hours of air time or 35 per cent daily to out promotional and educational material, and information for the benefit of the public, she said in a statement on Saturday.

Her clarification came in the wake of Perak PAS Youth secretary Salman Saleh's claim that public funds were being used to run PerakTV, which was launched by Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir on Nov 14, 2009.

Salman also called on the state government to clarify the status of the project and urged the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate into the project.

Nor Zainah said PerakTV targeted to have 300 LCD televisions installed at government offices in the state in stages year until 2012.

So far 105 LCD televisions have been installed by Simfoni Maya at the state secretariat, penghulu offices, land and district offices, local authorities, hospitals, clinics and waiting rooms at departments, she added.

KPerak is also given a discount on advertising air time on television screens belonging Simfoni Maya at Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) stations, TM Point and Bank Rakyat nationwide, she said, adding that revenue garnered from PerakTV was shared between KPerak and Simfoni Maya.

-- BERNAMA