Isnin, 2 Mei 2011

400 sertai BN di Perak



Pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan kemasukan 400 ahli Kelab Penyokong parti PAS sebagai petanda kepada perubahan tahap sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat negeri itu.

Jelas beliau, penyertaan kesemua ahli kelab terbabit menunjukkan wujudnya dokongan padu masyarakat kaum India terhadap BN Perak.

“Bagi saya penyertaan mereka itu boleh dianggap sebagai satu petanda keadaan politik yang ada dalam Pakatan rakyat.

“Apa-apa pun biar rakyat melihat apa yang berlaku dan kemudian menterjemahkan sendiri keadaan sebenar.

Dalam pada itu, Zambry yang juga Adun Pulau Pangkor turut menerangkan fitnah terbaru yang dibuat Pakatan Rakyat negeri itu dimana mereka menyatakan bahawa beliau semakin gentar dengan pihak pembangkang.

Katanya, tuduhan tidak berasas itu dikatakan telah disebarkan ke seluruh kawasan Pangkor ketika salah seorang pemimpin besar PR ke kawasan itu.

“Mereka (pemimpin pembangkang) mendakwa bahawa saya begitu gentar dengan PR sehingga sanggup menutup pintu pagar jeti dan menyebabkan pemimpin parti tersebut tidak dapat memasuki bandar Pangkor.

“Saya tidak pernah gentar dengan mereka… tidak ada apa yang perlu ditakutkan… kita tidak pernah menghalang sesiapa untuk bergerak kemana-mana…. hanya PR yang membuat demikian.

Justeru, saya menyifatkan dakwaan pembangkang ini hanyalah satu tuduhan palsu yang sengaja dibuat bagi meraih politik murahan.

“Saya nasihatkan pemimpin-pemimpin pembangkang ini supaya carilah hujah-hujah lain… janganlah terlalu murah sangat.

PERAK TODAY