Isnin, 2 Mei 2011

Video Seks: Ku Li Bidas UMNO



Kuli ini ahli politik bijak.

Dulu kes Umno diharamkan kerana beliau juga, Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno 1987 pun kerana beliau tak suka Tun Mahathir membenarkan Anwar Ibrahim masuk Umno dalam tahun 1982.

Dalam isu royalty Ku Li menentang Umno dan menyokong Pas, semua ini adalah ugutan, Ku Li mahukan Najib melantiknya menjadi Menteri Penuh, kalau hasratnya berjaya, dia akan backup Najib lah.

Ku Li patut tahu, orang yang mendedahkan kes pelacur yang dilanggan oleh Anwar ialah kenalan rapat Anwar sendiri. Najib tidak terlibat langsung dalam kes ini.

Apakah Ku Li masih berdendam dengan orang-orang lama dalam Umno kerana beliau gagal menjadi PM. Apakah Ku Li akan menghidupkan semula Parti Semangat 46?