YB Dato Hamidah Osman |
Wanita Umno gesa rakyat supaya tidak memandang remeh Pilihanraya Umum yang bakal diadakan nanti.
Ketua Penerangannya, Datuk Hamidah Osman memberitahu sebarang isu berkaitan pilihanraya umum tidak boleh diambil ringan kerana ia merupakan penentu siapa yang bakal memerintah negara satu hari nanti.
Tambah Hamidah, sebelum ini rakyat dilihat tidak memandang serius kesan-kesan dari undian mereka ketika pilihanraya dan akhirnya pada 2008 negara telah menempuh sejarah gelombang tsunami politik.
“Saya lihat ada cakap-cakap yang menganggap Umno sudah terlalu kuat… tidak mengapa jika kehilangan satu undi… tapi sekiranya 1000 orang berfikiran seperti ini maka sejarah yang berlaku pada PRU-12 mungkin akan berulang lagi.Katanya, pilihanraya umum perlu dianggap sebagai medan perang kepada rakyat kerana ia menentukan siapa kepimpinan barisan hadapan negara.
“Perkara-perkara berkaitan pilihanraya ini kita perlu ambil serius… ia adalah penentu siapa pemimpin kita… siapa pemerintah kita… jangan ambil ringan perkara-perkara seperti ini,” katanya kepada Perak Today
Justeru, Hamidah menyeru semua rakyat supaya tidak memandang ringan dengan setiap undian mereka bagi membolehkan Barisan Nasional terus mentadbir negara.